Monday, December 28, 2009

Mesyuarat Agong

Patah tumbuh hilang berganti, itulah lumrah kehidupan dan masa terus berjalan tanpa mengira mereka yang tertinggal di belakang. Pada tanggal 13 Disember 2009 Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Pekanbaru telah mengadakan mesyuarat agong kali ke-18 dengan jayanya. Mesyuarat tersebut julung kalinya diadakan di Dewan Konsulat Malaysia yang baru. Seramai 73 orang ahli PKPMI-CPB menghadiri mesyuarat dan disertai oleh warga Konsulat Malaysia, Pekanbaru. Bermulanya Mesyuarat Agung PKPMI-CPB kali ke-18 dengan sesi pertama iaitu majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-18 oleh Konsul Malaysia di Pekanbaru iaitu Encik Zamani Bin Ismail. Kemudian diteruskan dengan sesi kedua iaitu Pembentangan Minit Mesyuarat dan Laporan Kewangan PKPMI-CPB 2007/2008. Sessi ketiga Perlantian Barisan Pimpinan PKPMI-CPB bagi Periode 2008/2009. Sessi Keempat iaitu Majlis Penutup Mesyuarat Agung Tahunan PKPMI-CPB kali ke-18

Barisan Pimpinan PKPMI-CPB sesi 2009/2010

Ahli Majlis Tertinggi

Yang Dipertua
Ahmad NAsrul Bin hamdan

Timb. Yang Dipertua
Wan Muhammad Saifullah Bin Wan Akashah

Setiausaha
Muhammad Redzwan Bin Abdul Aziz

Timb. Setiausaha
Ummu Hani Bin Mohd Nasaruddin

Bendahari
Zulfadhli Bin Zafik

Timb. Bendahari
Al-Asmaa' Binti Dollah@Abdul Aziz


Ahli Majlis Kerja

Biro Dakwah & Pendidikan
Muhammad Yasir Bin Abdullah
Ahmad Muadz Bin Hedzir

Biro Penerbitan & Penerangan
Abdul Hadi Bin Basri
Mohd Ikhwan Bin Ikram

Biro Hal Ehwal Wanita
Fadilah Binti Ung Foeut
Heni Sarifatul Hasanah Binti Sudirman

Biro Kebajikan
Nor Akmal Bin Ab Manan
Ahmad Muhaimin Bin Mohd Zamri

Biro Imigrasi & Kepolisian
Mohd Izwan Bin Shuib
Khairul Hadi Bin Mohammad

Biro Sukan & Kebudayaan
Mohd Fathi Yakan Bin Zakaria
Muhammad Yasin Bin Mukhtar

Pengerusi Tetap
Ahmad Syamil Bin Ahmad

Juru Audit
Abd Rasihd Bin Yunus


Teruskan perjuangan walau di mana kamu berada. Amanah tetap amanah yang harus dipikul dan dilaksanakan. Moga pimpinan yang baru dapat meneruskan gerak kerja dan dapatkan nasihat dari mantan-mantan yang masih ada dan kepada ahli, berilah sokongan dan dorongan kepada mereka untuk memegang amanah tersebut.

Berilmu, Beramal, Bertaqwa
PKPMI-CPB 2009/2010


Read more...

Saturday, August 15, 2009

Puasa kembalikan manusia ke alam fitrah


Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.

Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.

Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.

Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.

Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.

Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.

Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.

Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.

Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.

Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.

Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Solat fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.

Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Mengaji al-Quran

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.

Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.

Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.

Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.

Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.

Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam, alangkah indahnya suasana ini.

Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah.


Read more...

Ramadhan untuk semua


Sememangnya bagi kita muslim yang taat, sentiasa ternanti-nanti akan kedatangan Ramadhan. Seperti tahun-tahun yang lepas, perubahan cuaca dihari-hari yang hampir ke bulan Ramadhan seolah-olah turut sama mengalu-alukan kedatangan bulan yang difardhukan umat Islam berpuasa.

Ramadhan yang pada bermaksud 'hari yang panas' adalah menunjukkan kebiasaan pada bulan Ramadhan itu cuacanya adalah panas. Tetapi sepengalaman saya, panas di bulan Ramadhan amatlah berlainan dari hari-hari biasa di bulan-bulan yang lain.

Apatah lagi kita di Malaysia, terutamanya bagi mereka yang tinggal di sebelah pantai barat tanahair yang sepatutnya sekarang ini merupakan penghujung kepada fenomena cuaca yang dikenali sebagai "monsun Sumatera". Iaitu tiupan angin dari arah Sumatera yang melalui Selat Melaka membawa bersamanya sejumlah besar isipadu air laut dan ditumpahkan ke negeri-negeri sebelah pantai barat.

Ramadhan petanda kekuasaan Allah

Kita lihat, antara keberkatan-bulan- Ramadhan dan fenomena-monsun-Sumatera ini telah menzahirkan kepada kita keadaan yang kita alami sekarang ini. Tetapi pada tahun ini, hujan lebat yang biasanya berlaku pada bulan Ogos tidaklah sekerap tahun-tahun sebelumnya. Mungkin ada rahmat disebaliknya.

Ini kerana dalam seminggu dua ini sahaja sudah banyak kes banjir kilat yang berlaku di sekitar bandar-bandar besar di negeri-negeri pantai barat kita. Kalau hendak dicontohkan di sini, kejadian banjir di Shah Alam adalah yang paling tepat.

Petanda kekuasaan Allah ini mungkin adalah penyingkap kepada petanda-petandaNya yang lebih hebat kepada insan yang mahu berfikir. Telah kita semua maklum bahawa, bulan Ramadhan yang bakal menjengah kita adalah bulan untuk kita memerah keringat. Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyyah dan di sana terdapat banyak kesempatan yang tiada pada bulan-bulan yang lainnya.

Hebatnya bulan Ramadhan, kita diwajibkan berpuasa. Bukanlah WAJIB itu suatu paksaan. tetapi Mestilah kita memandangnnya dari aspek kasih sayang Allah yang mahukan kesemua hambaNya mendapat kesempatan yang paling tidak pun kita semua akan berpuasa. Paling tidak pun kita akan mendapat ganjaran dari puasa wajib tersebut.

Perlu diingat, sehari puasa wajib bulan Ramadhan tidak kan sama dengan berpuasa sunat sepanjang hayat. Maka, dari aspek itulah kita menilai kemurahan kasih sayang Allag yang dilimpahkan kepada ummat Muhammad SAW. Terutamanya ummat yang sedang berdepan dengan musuh-musuh Allah.

Perang Badar Al-Kubra

Iktibar dari perang Badar Al-Kubra yang juga berlaku di dalam bulan Ramadhan telah dinyatakan dengan jelas. Bilangan dan kekuatan yang kecil dapat mengalahkan musuh-penjajah yang berskala lebih besar.

Jika analogi yang sama kita gunakan, kita sebenarnya mampu menundukkan hawa nafsu yang menjajah kita. Apatah lagi, pakatan bersekutu nafsu-syaitan akan/sudah dileraikan sebaik sahaja Ramadhan menjelma.

Kerana ummat Islam hari ini sebenarnya bukan hanya dijajah dari luar, tetapi mereka juga ditawan dari dalam diri mereka sendiri. Jadi, langkah juang yang awal mesti diambil ialah mesti kita mampu untuk memutuskan sebarang ikatan yang menwan kita dari dalam. Barulah langkah juang ini akan kita panjangkan untuk berdepan dengan musuh yang nyata. (Sedang syaitan-nafsu adalah musuh kamu yang sangat lebih nyata)

"Sesunguhnya kita baru sahaja pulang dari peperangan yang BESAR, dan akan berdepan dengan, musuh yang lebih"

Yahudi musuh besar-nyata ummat Islam

Rejab-Syaaban-Ramadhan tahun ini merupakan rangkaian bulan yang sangat memilukan kita. Yang sebahagian besarnya mungkin terzahir dari kemuncak perancangan Yahudi laknatullah. Yahudi berhajat membentuk kesatuan Israel Raya pada tahun 2006. Mereka akan memerah segala kekuatan untuk menyembelih ummat Islam dan kekuatan ummat Islam.

Dari awal, pertubuhan Yahudi di seluruh dunia telah menyatakan kesedian mereka melalui beberapa penguasaan mereka untuk membiayai segala perbelanjaan memindahkan orang-orang Yahudi untuk kembali dan menetap di negara Palestin yang akan mereka kuasai.

Lihat saja, Perancis melalui Presidennya telah memaklumkan kepada dunia bahawa kerajaannya akan membiayai penerbangan kesemua warganegaranya yang berketurunan Yahudi untuk pulang ke Palestin. Manakala kerajaan haram Israel pula ketika itu (masih hingga kini) sedang berusaha untuk membersihkan sebahagian besar kawasan untuk menjayakan cita-cita mereka.

Bermula seawal sebelum Rejab (semasa demam Piala Dunia lagi), tentera Israel telah meningkatkan kekuatannya di Palestin untuk menidakkan penguasaan Hamas. Kemudiannya, melanjutkan serangannya kepada Lebanon (pada bulan Syaaban) dan sehingga sekarang mereka masih lagi menguatkan tindakan dan menyekat sebarang bentuk urusan kemanusiaan di seluruh Gaza.

Permusuhan yang nyata ini adalah petanda kekecewaan mereka yang amat nyata. Namun begitu dunia Islam masih gagal mempersiapkan kekuatan-kekuatan untuk menghentikan sebarang pencerobohan dan penaklukan Israel apatah lagi untuk menghukum mereka.

Begitupun, ketika itu (ini) di negara ummat Islam yang lainnya, serangan ideologi turut diperkuatkan oleh pakatan (sekutu) yang memusuhi Islam. Di negara kita misalnya, gejala murtad yang berleluasa sangat memedihkan kita. Bilangan yang dilaporkan begitu ramai sehingga mencecah angka 370,000 (statistik Joshua Project. Joshua project merupakan kegiatan freemasonry yang bertumpu di Asia Tenggara).

Sekali lagi fenomena murtad di bulan Rejab berulang sepertimana kisah Israk mIkraj yang kita ketahui. Dan bagi saya angka ini adalah tepat kerana angka ini dilaporkan oleh pihak mereka sendiri. Paling tidak laporan Joshua project in telah membenarkan apa yang telah disebut oleh Dato Mufti Perak.

Bulan Ramadhan untuk semua umat Islam dan manusia sejagat

Cukuplah apa yang kita deritakan selama ini. Jika Rejab kita dipaparkan kekejaman Yahudi yang berganda kepada ummat Islam dan ummat manusia di Palestine. Manakala di bulan Syaaban pula kekejaman Yahudi yang berganda itu dipanjangkan ke Lebanon.

Biarlah kita ummat Islam yang menamatkan kekejaman ini. Biarlah kebenaran yang menundukkan kebathilan. Biarlah cahaya yang terang itu menyuluh-terang kegelapan. Biarlah keadilan itu yang menghilangkan pedih kezaliman. Biarlah Islam yang memimpin dunia untuk menghentikan segala kejahatan dan tindakan keganasan ini.

Cukup sudah daerah Islam kita tidak punya khilafah yang sepatunya memerintah. Dan, cukup sudah dunia ini dipimpin oleh fahaman yang sama sekali tidak menguntungkan mana-mana pihak. Kita mulakan dari kebangkitan Islam yang sedia mula ini. Arus kecil ini kita ketengahkan untuk kita semua mendapat tempiasnya.

Moga Ramadhan kali ini akan menjadi pemula kepada dunia baru yang dipimpin oleh Islam.

Moga juga, kita akan menyambut kemenangan yang bermakna di Syawal yang datang kemudiannya.

Read more...

Panduan iktikaf di bulan Ramadan

Di antara rangkaian ibadah dalam bulan suci Ramadan yang sangat dipelihara sekaligus diperintahkan (dianjurkan ) oleh Rasulullah s.a.w adalah iktikaf. Setiap muslim dianjurkan (disunatkan) untuk beriktikaf di masjid, terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Iktikaf merupakan pendekatan ibadat yang sangat efektif bagi muslim dalam memelihara keislamannya khususnya dalam era globalisasi, materialisasi dan informasi masa kini.

Definisi Iktikaf

Para ulama mendefinisikan iktikaf iaitu berdiam atau tinggal di masjid dengan adab-adab tertentu, pada masa tertentu dengan niat ibadah dan untuk mendekatkan kepada Allah SWT.

Ibnu Hazm berkata: Iktikaf adalah berdiam di dalam masjid dengan niat mendekatkan diri (taqorrub) kepada Allah SWT pada waktu tertentu pada siang atau malam hari. (al MuhallaV/179)

Hukum Iktikaf

Para ulama telah berijmak bahawa iktikaf khususnya 10 hari terakhir bulan Ramadan merupakan suatu ibadah yang disyariat dan disunatkan oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beriktikaf pada bulan Ramadan selama 10 hari.

Aisyah, Ibnu Umar dan Anas r.a meriwayatkan: "Adalah Rasulullah s.a.w beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadan" (HR. Bukhri & Muslim).

Hal ini dilakukan oleh baginda hingga wafat, kecuali pada tahun wafatnya, baginda beriktikaf selama 20 hari.

Demikian halnya para sahabat dan isteri baginda sentiasa melaksanakan ibadah yang amat agung ini. Sehubungan itu, Imam Ahmad berkata: " Sepengetahuan saya tak seorang pun ulama mengatakan iktikaf bukan sunat."

Fadhilat (keutamaan) iktikaf

Abu Daud pernah bertanya kepada Imam Ahmad: Tahukah anda hadis yang menunjukkan keutamaan iktikaf?

Imam Ahmad menjawab : Tidak, kecuali ia hadis lemah (daif).

Namun demikian tidaklah mengurangi nilai ibadah iktikaf itu sendiri sebagai taqorrub kepada Allah SWT. Dan cukuplah keuatamaannya bahawa Rasulullah s.a.w, para sahabat, para isteri Rasulullah s.a.w dan para ulama salafus soleh sentiasa melakukan ibadah ini.

Jenis-jenis iktikaf

Iktikaf yang disyariatkan ada dua bentuk; pertama sunat, dan kedua wajib.

Iktikaf sunnat iaitu yang dilakukan secara sukarela semata-mata untuk bertaqorrub kepada Allah SWT seperti; iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Dan iktikaf yang wajib iaitu yang didahului dengan nazar (janji), seperti: "Kalau Allah SWT menyembuhkan penyakitku ini, maka aku akan beriktikaf.

Waktu iktikaf

Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu tertentu, bila-bila saja pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat.

Ya'la bin Umayyah berkata: " Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk beriktikaf."

Syarat-syarat iktikaf

Orang yang iktikaf harus memenuhi kriteria-kriteria sebagai berikut:

1. Muslim
2. Berakal
3. Suci dari janabah (junub), haid dan nifas.

Oleh kerana itu, iktikaf tidak diperbolehkan bagi orang kafir, anak yang belum mumaiyiz (mampu membezakan), orang junub, wanita haid dan nifas.

Rukun-rukun iktikaf

1. Niat (QS. Al Bayyinah : 5), (HR: Bukhari & Muslim tentang niat)
2. Berdiam di masjid (QS. Al Baqarah : 187)

Di sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat iktikaf. Sebahagian ulama membolehkan iktikaf di setiap masjid yang diguna untuk solat berjemaah lima waktu.

Hal itu dalam rangka menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan solat jemaah setiap waktu.

Ulama lain mensyaratkan agar iktikaf itu dilaksanakan di masjid yang diguna untuk membuat solat Jumaat, sehingga orang yang beriktikaf tidak perlu meninggalkan tempat iktikafnya menuju masjid lain untuk solat Jumaat.

Pendapat ini dikuatkan oleh para ulama Syafiiyah bahawa yang afdal iaitu iktikaf di masjid jami', kerana Rasulullah s.a.w iktikaf di masjid jami'. Lebih afdal di tiga masjid; Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.

Awal dan akhir iktikaf

Khusus iktikaf Ramadan waktunya dimulai sebelum terbenam matahari malam ke-21. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w : " Barang siapa yang ingin beriktikaf denganku, hendaklah ia beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan (HR. Bukhari). 10 (sepuluh) di sini adalah jumlah malam, sedangkan malam pertama dari sepuluh itu adalah malam ke-21 atau 20.

Adapun waktu keluarnya atau berakhirnya, kalau iktikaf dilakukan 10 malam terakhir, iaitu setelah terbenam matahari, hari terakhir bulan Ramadan.

Akan tetapi beberapa kalangan ulama mengatakan yang lebih mustahab (disenangi) adalah menuggu sampai solat hari raya.

Hal-hal yang disunatkan waktu beriktikaf

Disunatkan agar orang yang beriktikaf memperbanyak ibadah untuk bertaqorrub kepada Allah SWT ,seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, tahlil, takbir, istighfar, selawat ke atas Nabi s.a.w, doa dan sebagainya serta termasuk juga di dalamnya pengajian, ceramah, majlis ta'lim, diskusi ilmiah, mentelaah buku tafsir, hadis, sirah dan sebagainya.

Hal-hal yang diperbolehkan bagi mutakif (orang yang beriktikaf)

1. Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap isterinya Sofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan.
3. Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan keperluannya .
4. Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

Hal-hal yang membatalkan iktikaf

1. Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid.
2. Murtad ( keluar dari agama Islam )
3. Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk
4. Haid atau Nifas
5. Berjimak (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187), akan tetapi memegang tanpa syahwat, tidak apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi dengan isteri- isterinya.
6. Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang membolehkan iktikaf di surau yang tidak digunapakai untuk solat Jumaat).



Read more...

Peristiwa besar dalam sejarah Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

Bulan diturunkan al-kitab Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan. Peristiwa Badar Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya. Islam membuka Kota Mekah Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah. Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad ke Tabuk Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun. Islam sampai ke Yaman Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah. Khalib Bin Al-Walid Meruntuhkan berhala Al ‘Uzza Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir. Penyerahan Bandar Taif Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan. Pembukaan Andalus (Sepanyol) Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat. Peperangan Zallaqah: Portugal Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi. Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam. Peperangan Yakhliz Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia. Tertawannya garis Bar lev, Israel Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Bulan diturunkan al-kitab

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

Peristiwa Badar

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

Islam membuka Kota Mekah

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.

Peristiwa perjalanan Nabi Muhammad ke Tabuk

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

Islam sampai ke Yaman

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

Khalib Bin Al-Walid Meruntuhkan berhala Al ‘Uzza

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

Penyerahan Bandar Taif

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

Pembukaan Andalus (Sepanyol)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

Peperangan Zallaqah: Portugal

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

Tentera Islam mengalahkan tentera Mongol

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

Peperangan Yakhliz

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

Tertawannya garis Bar lev, Israel

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Read more...

Friday, May 8, 2009

Allah s.w.t Maha Pencipta

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Selawat dan Salam bagi Rasulullah s.a.w dan Ahlul Baitnya. Tahukah kamu apakah alam semesta itu? Ia adalah ruang yang tidak terbatas dan dia mempunyai segala-galanya, bumi, matahari, bulan, planet-planet dan bintang-bintang. Walaupun kamu berjalan berjuta-juta batu kamu tidak akan dapat sampai ke penghujung ruang ini, sebaliknya kamu akan sampai ke titik permulaannya. Puncanya ialah kerana angkasa ini terlalu luas untuk digambarkan. Bumi wujud di dalam ruang yang tidak terbatas ini. Bersama dengan bumi, matahari, bulan, dan berjuta-juta bintang juga wujud bersama. Jadi bagaimana semua benda-benda ini terbentuk?

Ada dua bentuk respons kepada soalan ini. Salah satu daripada respons-respons ini adalah benar dan yang satu lagi salah. Mereka yang memberikan respons yang salah hanya mempercayai teori evolusi. Di dalam halaman berikutnya, saya akan menunjukkan kepada kamu respons yang salah terlebih dahulu dan kemudian respons yang benar pula.
Respons Yang Salah (Teori Evolusi)Mereka yang memberikan respons yang salah menyatakan: Alam semesta ini telah sedia ada dan ia muncul dengan sendirinya. Iaitu, berbagai bahan telah berkumpul dengan sendirinya secara kebetulan dan membentuk matahari, bintang-bintang, bumi, lautan, pokok-pokok, sungai-sungai dan bukit bukau. Apakah kamu fikir pandangan ini tidak logik? Jika seorang sahabat kamu datang dan memberitahu kamu: "Saya telah memasukkan sedikit tanah, batu-batu, dan sedikit air ke dalam sebuah kotak besar. Saya menanti selama beberapa tahun dan kemudian sebuah komputer telah muncul dari kotak ini." Apakah kamu akan mempercayainya? Kamu mungkin menyangkakan sahabat kamu ini hanya bergurau, berbohong atau gila.
Para Penyokong Evolusi secara terbuka menceritakan kisah panjang seperti ini. Sebuah komputer tidak dapat muncul dengan sendirinya hasil daripada kebetulan. Pertama, seseorang akan merancang bagaimana bentuk komputer ini, dan memilih komponen mana yang perlu digunakan. Kemudian di dalam kilang-kilang besar, jurutera-jurutera, juruteknik-juruteknik dan pekerja berkumpul. Kemudian mereka menggunakan mesin yang besar untuk membentuk komputer tersebut. Oleh itu, apabila kamu melihat sebuah komputer kamu akan tahu ia tidak terbentuk dengan sendirinya. Bukankah lebih wajar jika dikatakan manusia yang bijak telah membuat komputer?Matahari, bumi dan tumbuh-tumbuhan adalah lebih besar daripada sebuah komputer. Oleh itu, jika ada orang yang membuat komputer, tentu ada satu kuasa yang mencipta matahari, bumi, bulan dan bintang-bintang.Respons Yang BetulApakah anda mengerti apakah yang dimaksudkan dengan respons yang betul ini? Allah adalah Pencipta kepada matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Segala-galanya di dalam alam ini begitu sempurna dan teratur. Kerana Allah mencipta alam ini, dan Dia telah meletakkan segala sesuatu pada tempatnya.
Bagaimana Allah Mencipta Alam Semesta Ini?
Para pakar sains telah melakukan satu penemuan penting pada tahun-tahun mutakhir ini. Penemuan penting itu ialah sebelum alam ini terbentuk, tidak wujud benda lain. Tiada tanah, udara, air, dan tiada bintang-bintang; malah tiada ruang. Di dalam kekosongan ini, terdapat satu titik kecil. Titik ini terlalu kecil sehinggakan sukar untuk mata kita melihatnya. Berbagai bahan telah dimampatkan bersama di dalam titik kecil ini. Kemudian, pada satu ketika titik ini meletup. Apabila ia meletup, semua bahan yang termampat di dalamnya telah berselerakan. Selepas itu, pecahan-pecahan bahan ini akan bergabung untuk membentuk atom-atom yang pertama, kemudian daripada atom-atom ini, bintang-bintang, matahari, bumi dan planet-planet lain. Pakar sains menamakan letupan ini "Big Bang". Semua yang terdapat di dalam alam semula jadi ini adalah hasil daripada Big Bang ini.
Di sini kamu perlu memikirkan sesuatu yang sangat penting. Bayangkan sekiranya kamu memasukkan pecahan-pecahan satu teka jigsaw (puzzle) ke dalam sebuah belon secara rawak. Selepas itu, kamu masukkan udara dan kemudian secara tiba-tiba pecahkannya. Seolah-olah belon tersebut telah "meletup". Apa berlaku kepada pecahan-pecahan jigsaw yang kamu masukkan ke dalam belon tersebut? Bolehkah pecahan-pecahan ini membentuk sebuah kondominium atau sebuah lapangan terbang, sesuatu yang kamu sendiri tidak dapat lakukan - di dalam bilik kamu? Atau adakah ia akan berselerak di serata bilik kamu? Sudah tentu, ia akan berselerak di dalam bilik kamu. Kamu perlu menyusun pecahan-pecahan jigsaw tersebut untuk membentuk sebuah lapangan terbang atau sebuah kondominium.
Allah adalah Pencipta kepada "Big Bang" ini, Pengatur kepada bahan-bahan yang berselerakan di angkasa selepas "Big Bang". Dengan mengumpulkan bahan-bahan ini, Dia juga adalah Pencipta matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Apabila Allah menghendaki sesuatu Dia hanya berkata "Jadi" maka jadilah ia. Allah Yang Maha Besar dan Dia Yang Paling Perkasa. KekuatanNya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia dapat menciptanya sekelip mata.Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya "Al-Quran" di mana Dia telah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada Al-Quran dan As-Sunnah (cara hidup Nabi Muhammad SAW). Sebagai contoh, apabila kita bertanya, "Bagaimana Allah mencipta segala-galanya?" Allah membalas di dalam Al-Quran dengan berfirman:"(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya". (surah Al-An'am : 101)Allah Menjadikan Bumi Untuk Kita. Allah telah mencipta bumi, matahari, bintang-bintang dan bulan. Jadi bagaimana semua hidupan di bumi ini muncul? Bayangkan sebuah planet gergasi dengan permukaan yang sama sekali kosong. Tiada manusia atau binatang, tiada tumbuh-tumbuhan atau serangga.
Bumi telah dihiaskan dengan begitu terperinci untuk membolehkan hidupan hidup. Allah telah memberikan semua perincian ini. Jika tidak, tiada seorang pun yang dapat hidup, sama ada kamu, ibu bapa kamu, atau kawan-kawan kamu.Mari kita kaji bagaimana Allah menjadikan bumi ini untuk membolehkan hidupan hidup: Fikirkan... betapa tersusunnya segala benda di alam ini. Matahari telah diletakkan pada tempat di mana ia dapat memanaskan kita dan pada masa yang sama memberikan cahaya kepada kita. Sekiranya tiada matahari, pasti tidak ada sebarang hidupan di muka bumi ini. Sama ada kita, tidak juga haiwan-haiwan atau sebarang makhluk lain tidak mungkin dapat hidup.Allah juga telah menjarakkan matahari daripada kita pada jarak yang tepat. Sekiranya bumi hanya sedikit hampir kepada matahari, kepanasannya pasti akan membakar bumi dan kita pasti tidak dapat hidup. Jika bumi ini hanya sedikit jauh daripada matahari, glasier pasti akan meliputinya dan sekali lagi, hanya sebahagian hidupan dapat hidup. Kerana itulah tidak terdapat hidupan di planet-planet lain, kerana sama ada ia terlalu rapat atau terlalu jauh daripadanya.Sebagaimana yang telah kamu ketahui, hidupan perlu bernafas untuk hidup. Kita memerlukan oksigen di udara untuk membolehkan kita bernafas. Kadar oksigen yang tepat di dalam udara diperlukan untuk membolehkan manusia bernafas. Sekiranya ia hanya sedikit terlebih atau terkurang, sama ada kita, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat hidup, kerana, seperti yang kita katakan sebentar tadi, kita perlu bernafas untuk hidup. Kerana itu, kita memerlukan oksigen.Salah satu benda paling penting yang membolehkan kita hidup ialah air. Tiada organisma dapat hidup tanpa air. Kerana itu, Allah telah menjadikan sebahagian besar bumi ini sebagai air. Satu pertiga permukaan bumi dipenuhi air. Bagaimanapun, tidak terdapat air di planet-planet lain atau di bulan yang kamu lihat pada waktu malam. Keperluan asas hidupan hanya terdapat di bumi. Banyak kejadian di bumi membolehkan kita hidup. Jika hanya satu daripada kejadian-kejadian ini tidak berlaku, tiada hidupan dapat selamat di bumi. Jadi, adakah mungkin beribu kejadian-kejadian ini telah berlaku secara spontan dan berlaku di tempat seperti bumi? Sudah tentu tidak. Tidak mungkin kejadian-kejadian ini berlaku secara kebetulan. Allah telah menjadikan bumi ini untuk manusia. Kerana itu, bumi adalah tempat paling sesuai untuk kita.Kamu boleh memberikan contoh berikut kepada mereka yang mendakwa bumi ini dan seluruh cakerawala ini telah terbentuk secara kebetulan (Teori evolusi). Katakanlah kamu sedang bermain-main di pantai dan kamu melihat ombak besar menghampiri, jadi kamu pulang ke rumah. Apabila kamu kembali ke pantai beberapa jam kemudian, kamu melihat tanda yang hebat. Di pantai kamu melihat terdapat sebuah bandar terbentuk daripada pasir. Terdapat rumah-rumah, hospital-hospital, sebuah lapangan terbang dan bas-bas. Malah terdapat sejumlah manusia. Kamu bertanya kepada seorang sahabat yang melalui tempat tersebut sama ada dia mengetahui bagaimana semua ini berlaku. Sekiranya dia menjawab, "Saya rasa ombak besar yang sampai ke pantai ini telah membentuknya", apa yang akan kamu fikirkan? Tidakkah kamu akan mengesyaki kawan kamu itu hanya berimaginasi, atau mungkin kamu akan ketawa memikirkan dia mungkin hanya bergurau atau gila? Adalah mustahil untuk ombak-ombak ini membentuk sebuah bandar yang sempurna daripada pasir secara tidak sengaja. Adalah tidak masuk akal sesiapa yang mahir dalam membina bandar seperti itu telah datang, membinanya dan kemudian meninggalkannya.Bagaimanapun, sebahagian manusia, walaupun mereka terdiri daripada profesor atau pakar sains - telah menerima idea karut ini. Mereka tidak akan menyatakan, "Ombak telah membentuk bandar pasir tersebut", tetapi mereka akan menyatakan, "Pecahan kecil benda, yang dinamakan sebagai atom, telah berkumpul secara kebetulan dan ia membentuk matahari, bintang-bintang dan bumi, segalanya dilakukan dengan sendirinya". Kerana mereka tidak mahu mengakui Allah telah mencipta segalanya. Mereka mempertahankan yang salah tanpa mempercayai yang benar. Saya akan menerangkan siapa mereka dengan lebih terperinci di akhir nanti. InsyaAllah.Perisai Pelindungan Di Sekeliling Bumi: Atmosfera.
Tahukah anda setiap hari banyak meteor jatuh ke bumi?Apabila meteor-meteor jatuh di planet-planet lain, ia membentuk kawah-kawah gergasi, tetapi apabila ia jatuh ke bumi, ia tidak menjejaskannya. Jadi bagaimana meteor-meteor yang menyebabkan kerosakan yang teruk kepada permukaan planet-planet lain tetapi tidak memberi apa-apa kesan kepada bumi? Ia disebabkan oleh atmosfera yang mengelilingi bumi. Atmosfera mengelilingi planet kita sebagai perisai perlindungan. Sebuah meteor memasuki atmosfera menyusut melalui pembakaran. Apabila ia menghampiri permukaan bumi, ia menjadi semakin kecil. Oleh itu, meteor tersebut menjadi sangat kecil atau berkurangan dan hilang sepenuhnya apabila ia mencecah permukaan bumi, dan tidak memudaratkan kita.Atmosfera ini tidak hanya melindungi kita daripada meteor tetapi ia juga menyerap sinaran berbahaya daripada matahari. Sekali lagi, sekiranya sinaran berbahaya ini dapat mencecah permukaan bumi, mustahil bagi hidupan untuk selamat. Dua ciri yang saya sebutkan di sini adalah lebih daripada cukup untuk menunjukkan kepada kita atmosfera bukan benda sebarangan. Allah telah menjadikan atmosfera, dan dengan atmosfera ini Dia melindungi kita daripada bahaya.Adakah Atom Dapat Berfikir?
Seperti yang dijelaskan terdahulu, selepas berlaku Big Bang, unsur-unsur telah bercantum sebagai ATOM. Tahukah anda apa itu atom? Biar saya terangkan kepada kamu apa itu atom. Kita boleh samakan atom ini dengan guli. Tetapi guli ini terlalu kecil, yang belum pernah kamu lihat sebelum ini. Sekarang lihat sekeliling kamu! Semua yang kamu lihat di dalam realiti dibuat daripada guli-guli, yang dinamakan atom. Kerusi tempat kamu sedang duduk, buku di tangan kamu, emak kamu, cikgu kamu di sekolah, televisyen yang kamu tontoni, buah apel, tembikai, dan coklat di dapur, binatang peliharaan kamu, air, bunga-bunga di taman kamu, barang permainan kamu, dan malah tubuh badan kamu, semuanya terbentuk daripada atom. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, bintang-bintang dan matahari yang membentuk cakerawala dan dunia yang kita huni kini juga terbentuk daripada atom seperti kamu. Di semua tempat yang kamu pergi dan setiap selekoh yang kamu belok, terdapat atom.Kamu tidak dapat melihat benda kecil yang kita namakan atom ini, kerana ia lebih kecil daripada apa yang kamu bayangkan. Ia terlalu kecil sehinggakan dengan menggunakan mikroskop yang paling besar pun tidak akan dapat melihat walau satu daripadanya. Untuk memahami betapa kecilnya atom ini, perhatikan contoh ini:Bayangkan kamu mempunyai kunci di dalam tangan kamu. Sudah pasti kamu tidak dapat melihat atom-atom yang membentuk kunci ini. Jika kamu katakan, "Saya mesti melihat atom-atom ini", kamu perlu membayangkan kunci tersebut sebesar bumi. Jika kamu dapat mengambarkan kunci tersebut sebesar bumi ini semua atom-atom di dalamnya akan menjadi sebesar buah ceri dan kamu akan dapat melihatnya.Jadi, bagaimana semua atom-atom ini bercantum selepas Big Bang? Atom-atom ini tidak hidup. Mereka tidak mempunyai minda atau kebijaksanaan. Mereka tidak dapat membuat sebarang keputusan. Mereka tidak dapat berkata, sebagai contoh, "Mari sini, mari kita bergabung dan membentuk sebutir bintang" atau "Mari mendekati ku dan membentuk bumi". Kita juga boleh membuat contoh seperti berikut: saya telah menjelaskan tentang jigsaw. Ceraian jigsaw ini tidak hidup, dan seperti juga atom, mereka tidak dapat membuat sebarang keputusan. Jika kamu selerakkannya, ia tidak dapat berfikir seperti "Mari kita bercantum dan membentuk sebuah istana atau seorang manusia!"Mari kita berfikir: "Bagaimana semua bintang-bintang, planet-planet, manusia dan haiwan-haiwan yang terbentuk daripada atom-atom ini dapat terhasil? Jika atom-atom tidak membuat keputusan ini, jadi siapa yang mencantumkan mereka?" Sudah tentu, setiap benda di keliling kita tidak dapat terjadi secara kebetulan. Allah telah menyatukan atom-atom ini. Allah telah membentuk angkasa luas ini, planet-planet, bintang-bintang, bumi, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan manusia daripada atom.Bagaimana Manusia Terbentuk Daripada Atom?Saya telah sebutkan bahawa atom-atom telah bercantum untuk membentuk manusia, tetapi, sudah tentu, kamu tertanya-tanya bagaimana ia berlaku. Pertama, atom-atom bergabung untuk membentuk SEL. Sekali lagi, kita mempelajari sesuatu yang baru.
Apakah sel?Badan semua organisma hidup terbentuk daripada sel-sel. Walaupun, sel ini tidak sekecil atom tetapi kamu tidak dapat melihatnya dengan mata kasar kamu. Saya akan cuba menjelaskan saiznya yang kecil ini dengan contoh berikut: Jika kita kumpulkan kira-kira 10,000 sel, kita hanya dapat membentuk saiz sebesar kepala pin. Kerana itulah kamu tidak dapat melihatnya. Tetapi sel adalah blok binaan manusia, semut, kucing, bunga ros, pokok, dan semua organisma-organisma hidup si sekeliling kamu. Kamu, contohnya, terbentuk daripada bertrilion sel. Jadi, dari manakah semua bertrilion sel ini datang?
Lihat adik atau anak kamu. Dia belum lahir pada masa dahulu, kemudian tiba-tiba dia muncul dan perlahan-lahan dia membesar. Bagaimana kejadian ajaib ini berlaku? Adik atau anak kamu bermula daripada satu sel di dalam badan ibu kamu. Tetapi sel tunggal ini menyimpan banyak maklumat-maklumat penting di dalamnya. Semua maklumat yang membentuk adik atau anak kamu sebagaimana dia sekarang telah disimpan di dalam sel ini: warna matanya, warna rambut, ketinggian dan sebagainya.Kemudian sel ini mula membesar dan mula membahagikan dirinya. Mulanya, ia berpecah kepada dua sel. Bagaimanapun, terdapat satu peristiwa yang akan menarik perhatian kamu: Maklumat di dalam sel tidak terbahagi dua. Ini bererti maklumat yang sama telah disalin semula ke dalam dua sel. Selepas itu, sel-sel ini terus membahagikan diri dan penyalinan maklumat yang sama berlaku di dalam setiap satu daripadanya, menghasilkan banyak sel dengan maklumat yang sama. Kemudian semua sel-sel ini akan membahagikan diri kepada yang lain, dan yang lain membahagikan diri kepada yang lain pula. Proses ini terjadi sehingga berjuta-juta sel terbentuk.
Ketika semua ini berlaku, sesuatu yang tidak dapat kamu bayangkan telah berlaku! Sel-sel ini, walaupun mempunyai maklumat-maklumat yang berbeza, melakukan tugas-tugas berbeza di antara satu sama lain. Sebahagian daripadanya membentuk kulit adik atau anak kamu. Sebahagian yang lain membentuk otot-ototnya, yang lain pula tengkoraknya, dan saraf-saraf otaknya. Ketika sel-sel ini terus menyalin diri, sejumlah sel-sel seperti bentuk bola mula terbentuk. Mulanya kepala adik atau anak kamu muncul, diikuti dengan tangan-tangan dan kaki-kakinya yang kecil. Sel-sel ini terus membesar dan membahagikan diri dan selepas sembilan bulan, ia bertukar menjadi seorang bayi yang sempurna. Kamu berjumpa dengannya pertama kali setelah dia "dilahirkan".Segala yang saya sebutkan setakat ini mungkin memeranjatkan kamu. Kamu mungkin akan terfikir tentang mengapa sel-sel ini melakukan tugas-tugas berbeza atau bagaimana mereka dapat bergabung di dalam bentuk yang sempurna. Allah yang telah melakukan semua ini. Sel-sel ini amat kecil sehinggakan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seperti atom, adalah mustahil untuk sel-sel ini untuk membuat keputusan sendiri atau bergabung sendiri untuk membentuk seorang manusia. Adalah tidak masuk akal untuk memikirkan adik atau anak kamu serta manusia lain telah terbentuk daripada sel-sel yang bergabung secara kebetulan.
Allah s.w.t. Pencipta semua ini, telah menjadikan manusia dengan sempurna dan Dia telah memberitahu mereka untuk memikirkan tentangnya di dalam Kitab yang diturunkan kepada kita:
Allah berfirman:
"Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak memikirkan bahawa Kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu belum ada sebarang apapun? "
(surah Maryam : 67)
Kamu, seperti juga adik atau anak kamu dan manusia lain, mula membesar daripada satu sel tunggal, yang terus membesar dan berubah menjadi seorang manusia sepenuhnya. Sekarang ini, kamu hidup dengan kehidupan yang baik di dunia ini. Kamu terhutang budi kepada Allah. Allah telah menunjukkan rahmat-Nya kepada kamu dan memberkati kamu. Oleh itu, jangan sekali-kali kamu terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Pencipta kamu, Allah S.W.T. AllahuAkbar!!!.
Allah berfirman :
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal, (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka". (surah Ali Imraan - 190 & 191)

Read more...

Sejarah Penubuhan PKPMI

Sejarah wujudnya PKPMI bermula di Pulau Jawa pada tahun 1945. Ketika itu organisasi pelajar-pelajar Malaysia yang ditubuhkan adalah Kesatuan Pelajar-Pelajar Malaya (KPM) yang berpusat di Yogyakarta. Organisasi Pelajar-Pelajar Malaya yang kedua didirikan di Sumatera pada tahun 1948; yang berpusat di Medan, yang dinamakan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaya di Medan. Pada tahun 1965, KPM dibubarkan dan membentuk sebuah persatuan baru yang diberi nama Himpunan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (HMPI) yang berpusat di Yogyakarta. Pada tahun terjadinya konfrontasi Malaysia- Indonesia, tidak terdapat sebarang catatan tentang kegiatan pelajar Malaysia di Indonesia kerana semua pelajar pulang ke tanah air. Pada tahun 1967, pelajar-pelajar Malaysia mulai datang lagi ke Indonesia.
Pada 18 Mei 1968, HMPI mengadakan kongres. Dalam kongres tersebut dipersetujui untuk HMPI menjadi PKPMI iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Di Indonesia dan menetapkan Jakarta sebagai pusat manakala Yogyakarta adalah cawangan PKPMI. Sejak itu, PKPMI terus berkembang terutama di Pulau Jawa bagi membentuk beberapa cawangan PKPMI yang di antaranya adalah :-
Cawangan Jakarta (18 Mei 1968 )
Cawangan Yogyakarta ( 18 Mei 1968 )
Cawangan Bogor ( 23 Mei 1968 )
Cawangan Bandung ( 12 April 1969)
Cawangan Surabaya (10 November 1972)
Cawangan Bali (30 September 1986)
Cawangan Ujung Pandang ( 17 Oktober 1987 )
Setelah konfrontasi tamat, pelajar-pelajar Malaysia di Sumatera kembali ke Indonesia dan mendirikan Himpunan Mahasiswa Malaysia Sumatera (HMMS ) yang berpusat di Medan. Pada tahun 1982, HMMS dibubarkan dan bersatu dengan PKPMI. Dengan perkembangan ini, semakin bertambah cawangan- cawangan PKPMI di seluruh Indonesia. Penubuhan cawangan- cawangan PKPMI di Sumatera bermula dengan :-
Cawangan Medan ( Mei 1982)
Cawangan Acheh ( 25 Disember 1985)
Cawangan Padang ( 25 Mac 1986)
Dengan bertambahnya umur PKPMI, maka jumlah cawangan PKPMI turut bertambah. Sehingga sekarang ini terdapat 13 cawangan PKPMI di seluruh Indonesia , iaitu Jakarta, Bandung, Yogyakarta, Surabaya, Malang, Medan, Bali, Palembang, Jambi, Pekanbaru,Padang, Solo dan Makassar.


LAMBANG
Terdiri dari bulan, bintang, roda, bendera merah putih, topi dan ijazah seperti contoh. Setiap unsur memberi makna sebagai berikut:
a.Bulan bintang (pecah 14) berwarna kuning: Lambang Malaysia yaituBulan : Lambang Islam sebagai agama rasmi Negara.Bintang: Perpaduan 13 buah negeri dan wilayah persekutuan dibawah satu pemerintah PusatKuning : Warna Di Raja.
b.Roda berwarna merah: Kegiatan bergerak mengikuti Peralihan keperluan pelajar-pelajar, waktu dan aktiviti. (Pindaan 1990)
c.Jalur merah putih: Lambang bendera Malaysiai.14 jalur merahii.Bendera Malaysia dibuat secara artistic menjadi jalur-jalur.d.Topi dan Ijazah berwarna hitam: lambing kemahasiswaan (Pindaan 1994)e.Cogankata Persatuan ‘BERILMU, BERAMAL, BERSATU’ (Pindaan 1994)



Read more...

Sunday, May 3, 2009

Antara Kawan Dan Kekasih


Ramai orang mengutamakan kawan dari kekasih ... dan ada juga mengutamakan kawan kerana kekasih ... anda tergolong dari yang mana ... hadirnya seorang kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ... hadirnya kawan sebagai sahabat sejati ... berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....Antara kawan dan kekasih Yang mana harus kupilih. Kawan pengubat kesunyian, Kekasih penyembuh kelukaan. Antara kawan dan kekasih Yang mana harus didahulukan. Kawan tempat mengadu, Kekasih tempat bermadu. Antara kawan dan kekasih Keduanya tak bisa kusisih. Kawan menghulurkan bantuan, Kekasih menghulurkan sokongan. Antara kawan dan kekasih Keduanya aku harapkan. Kawan sekuntum senyuman, Kekasih sepenuh perhatian. Antara kawan dan kekasih Bilakah akan kutemui. Kawan sejujur kata,Kekasih setulus setia. Andai kawan itu kekasihku Andai kekasih itu kawanku Akan kuhadiahkan Sedalam lautan Setinggi kayangan Kasih sayang tiada sempadan..



Read more...

Lebih baik menderma daripada beli rokok

Mereka yang gemar merokok disaran meninggalkan tabiat buruk tersebut dan menggunakan wang membeli rokok itu untuk menderma.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak seorang pun pegawai perubatan menyebut merokok tidak membahayakan kesihatan.
"Sekiranya wang berkenaan digunakan untuk menderma termasuk pembinaan masjid, dan sekolah, ia dapat membantu seseorang itu di akhirat kelak.
Kalau hisap rokok, bukan sahaja tak dapat pahala, penyakit pula yang datang," ujarnya pada satu program di sini, baru-baru ini.
Ketika berucap sebelum itu beliau menyifatkan mereka yang enggan menunaikan ibadat solat seperti melakukan perbuatan kurang ajar kerana tidak mahu mengikut perintah Allah Taala.
"Lebih baik saya mengeluarkan perkataan kurang ajar di dunia ni berbanding balasan neraka jahanam kepada mereka yang tidak mengerjakan solat," katanya.
Menurutnya dalam peristiwa Israk dan Mikraj Allah telah memperlihatkan kepada baginda bagaimana seorang hamba menghantukkan kepalanya ke batu sehingga pecah, kemudian bercantum kembali dan menghantuknya semula berulang kali.
"Peristiwa itu menggambarkan bagaimana balasan terhadap manusia yang engkar tidak mahu sujud kepada Allah sehingga akhirnya mereka terpaksa menghantuknya sendiri," ujarnya.


Read more...

All Muslims Must Make Jihad

Jihad is an obligation from Allah on every Muslim and cannot be ignored nor evaded. Allah has ascribed great importance to jihad and has made the reward of the martyrs and the fighters in His way a splendid one. Only those who have acted similarly and who have modelled themselves upon the martyrs in their performance of jihad can join them in this reward. Furthermore, Allah has specifically honoured the Mujahideen with certain exceptional qualities, both spiritual and practical, to benefit them in this world and the next. Their pure blood is a symbol of victory in this world and the mark of success and felicity in the world to come.
Those who can only find excuses, however, have been warned of extremely dreadful punishments and Allah has described them with the most unfortunate of names. He has reprimanded them for their cowardice and lack of spirit, and castigated them for their weakness and truancy. In this world, they will be surrounded by dishonour and in the next they will be surrounded by the fire from which they shall not escape though they may possess much wealth. The weaknesses of abstention and evasion of jihad are regarded by Allah as one of the major sins, and one of the seven sins that guarantee failure.
Islam is concerned with the question of jihad and the drafting and the mobilisation of the entire Umma into one body to defend the right cause with all its strength than any other ancient or modern system of living, whether religious or civil. The verses of the Qur'an and the Sunnah of Muhammad (PBUH) are overflowing with all these noble ideals and they summon people in general (with the most eloquent expression and the clearest exposition) to jihad, to warfare, to the armed forces, and all means of land and sea fighting.
We shall not go into exhaustive detail but rather will offer you some Qur'anic verses and Ahaadeeth below as examples since we only wish to show a glimpse of the Islamic message on jihad. Furthermore, we will not delve into the explanation of the Qur'anic verses or Ahaadeeth. You will recognise by the purity of language, the clarity of exposition, the lucidity of ideas and the force of spirituality that explanations and clarifications are not required.

Read more...

Suka dan Duka Perantau


















Read more...

Persaudaraan dalam Islam

Perpaduan adalah asas bagi ajaran Islam kerana ia bukannya sekadar membina hubungan manusia dengan Allah semata-mata tetapi kita juga diseru supaya mengukuhkan hubungan baik sesama manusia dan mahkluk-mahkluk yang lain. Ini dapat dilihat secara jelas dalam maksud firman Allah s.w.t yang berbunyi:

Yang bermaksud: “ Ditimpa kehinaan ke atas mereka walau di mana mereka berada melainkan mereka berpegang teguh dengan agama Allah dan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. ” (Surah A-li ‘Imran : Ayat 112)
Untuk membina perpaduan sesama umat Islam, Allah s.w.t menggambarkan bahawa setiap orang Islam itu bersaudara antara satu sama lain yang mana asas persaudaraan itu bukan sekadar dari hubungan tali persaudaraan keluarga atau satu bangsa tetapi disatukan dengan tingkatan akidah dalam Islam seperti firman Allah s.w.t:

Yang bermaksud : “Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara” (Surah Al-Hujurat : Ayat 10)
Ayat di atas mengambarkan kepada kita bahawa umat Islam mendapat pengiktirafan dari Allah s.w.t sebagai saudara seagama, yang banyak hak yang perlu dipelihara bersama-sama.
Dalam Al-Quran banyak ayat yang menggalakkan kita sebagai seorang Muslim untuk menghormati saudara sesama Islam, bukan sekadar memelihara dari segi pergaulan dan tutur bicara, malah dalam segala aspek ekonomi dan keseimbangan kehidupan sosial juga, meletakkan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
Dalam syariah Islam, setiap umat bukan sekadar disuruh untuk melakukan ibadah sembahyang, puasa, haji dan sebagainya sebagai pengabdian kepada Allah s.w.t semata-mata, tetapi digalakkan juga kita melakukan secara berjemaah dan bersatupadu dengan matlamat yang sama iaitu mencari keredhaan Allah s.w.t. Malah dalam aspek pembinaan masyarakat Islam itu sendiri, kita dapat melihat dengan jelas bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalin hubungan sesama Islam tanpa mengira latar belakang keturunan dan kedudukan sosial mereka. Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa belum pernah berlaku penyatuan satu umat yang besar melainkan kejayaan Baginda Rasulullah s.a.w membina ketamadunan umat dalam tempoh yang pendek dan mengabungkan pelbagai fahaman agama yang berbeza, kepada agama Islam.
Malah belum pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan peradaban kehidupan manusia ketika itu, di mana orang dari golongan bangsawan dipersaudarakan dengan golongan hamba sahaya sehingga sanggup berkorban nyawa, disebabkan perasaan kasih sayang yang teramat menusuk dalam sanubari mereka, seperti Saidina Abu Bakar Assidik r.a dengan Saidina Bilal bin Rabah r.a. Malah setiap sahabat dapat merasai akan nikmat dari perpaduan serta persaudaraan berteraskan agama Allah. Ini dapat dilihat dari hadis Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Yang bermaksud: “ Tidak ada kebaikan orang Arab ke atas A’jami (bukan Arab) melainkan yang bertaqwa. ”
Walaupun persaudaraan merupakan satu lambang keamanan sejagat untuk umat manusia menggembleng pemikiran dan tenaga untuk mengimarahkan dan memakmurkan dunia ini dengan berteraskan konsep tauhid dan ilmu pengetahuan, namun terdapat unsur-unsur dalaman dan luaran yang akan mengagalkan misi umat sebagai khalifah di dunia ini. Unsur-unsur dalaman terdapat dalam diri setiap insan yang mendorong ke arah sangkaan buruk dan cemburu di atas kejayaan saudaranya. Tidak cukup sekadar itu, sikap hasad dan dengki mendorong manusia terus berusaha dengan bersunguh-sunguh untuk memusnahkan kejayaan saudaranya itu. Sifat-sifat seperti ini adalah merupakan satu penyakit umat Islam masa kini yang semakin parah sehingg umat Islam kini menderita dan gagal bersaing denga bangsa lain yang beragama lain. Maka tidak hairanlah terdapat banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang melarang kita dari bersifat sedemikian. Sebagai contoh, baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang berbunyi :

Yang bermaksud : “ Jauhilah kamu akan sifat dengki kerana sifat dengki akan memakan kebaikan kamu seperti mana api memakan daun kering. ” (Hadis Sahih)
Faktor luaran pula, sebagai contohnya, pelbagai hasutan dan khabar agin yang sengaja diada-adakan agar umat Islam sentiasa bergaduh dan bermusuhan antara satu sama lain, supaya benteng persaudaraan ini ranap dan roboh begitu sahaja. Akhirnya, umat Islam yang mendakwa menganuti agama yang sempurna, tidak lagi dapat membawa apa-apa kesan dan keutuhan kepada umat Islam itu sendiri. Apa yang terjadi ialah satu demi satu, sama ada negara atau bangsa akan tersungkur tunduk patuh kepada orang kafir, sama ada kepada orang Yahudi, Kristian mahupun Komunis.
Sebenarnya umat Islam hari ini amat mengharapkan mana-mana negara umat Islam yang belum ditimpa kemelut ini menghulurkan bantuan dan memerdekakan mereka dari penjajah-penjajah Barat, yang semakin memeras dan menindas umat dan kesucian Islam. Sudah ramai yang menjadi penuntun sepi di atas penderitaan umat Islam. Kalau bukan orang Islam sendiri yang datang menebus kesucian dan maruah umat Islam, siapa lagi? Oleh itu marilah kita merendahkan diri dan bertekad untuk mengembalikan kekuatan umat Islam yang semakin terhakis dan ingatlah orang Islam itu saudara kita, bukan musuh kita dan kita akan dipersoalkan dihadapan Allah s.w.t di akhirat kelak mengenai tanggungjawab yang telah kita jalankan terhadap saudara seagama kita.

Read more...

Pendakwah yang tidak gentar

Kekalahan umat Islam dalam perang Uhud menyebabkan bangkitnya kemarahan orang-orang badwi di sekitar Madinah untuk mencemuh dan mengungkit-ngungkit dendam lama yang sebelumnya sudah terpendam. Namun tanpa curiga sedikit pun Rasulullah memberikan sambutan baik atas kedatangan sekelompok pedagang Arab yang menyatakan keinginan sukunya hendak mendengar dan memeluk Islam. Untuk itu mereka meminta para jurudakwah dikirimkan ke kampung suku itu. Rasulullah s.a.w meluluskan. Enam orang sahabat yang alim diutus untuk melaksanakan tugas tersebut. Mereka berangkat bersama para pedagang Arab itu.
Di kampung Ar-Raji, dalam wilayah kekuasaan suku Huzail, para pedagang itu tiba-tiba melakukan pengurangan atas keenam sahabat Rasulullah s.a.w, sambil berseru meminta bantuan kaum Huzail. Keenam pendakwah itu dengan pantas menghunus senjata masing-masing dan siap mengadakan perlawanan, setelah insaf bahwa mereka tengah dijebak.Para pedagang yang licik tadi berteriak, "Sabar saudara-saudara. Kami tidak bermaksud membunuh atau menganiayai kalian. Kami cuma mahu menangkap kalian untuk kami jual ke Makkah sebagai budak belian. Keenam sahabat Rasulullah s.a.w itu tahu nasib mereka bahkan lebih buruk daripada terbunuh dalam pertarungan tidak berimbang itu. Kerana mereka segera bertakbir seraya menyerang dengan tangkas.Terjadilah pertempuran seru antara enam pendakwah berhati tulus dengan orang-orang yang beringas yang jumlanya jauh lebih besar. Pedang mereka ternyata cukup tajam. Beberapa orang lawan telah menjadi korban. Akhirnya tiga sahabat tertusuk musuh dan langsung gugur. Seorang lagi dibaling batu beramai-ramai hingga tewas. Bakinya tinggal dua orang; Zaid bin Addutsunah dan Khusaib bin Adi.Apalah daya dua orang pejuang, betapa pun lincahnya perlawanan merek, menghadapi begitu banyak musuh yang tangguh ? Selang beberapa saat sesudah jatuhnya empat sahabat tadi, kedua orang itu dapat dilumpuhkan dan belenggu. Lalu mereka diangkut menuju pasar budak di Makkah. Zaid dibeli oleh Shafwan bin Umayyah. Ayah Shafwan, Umayyah bin Khalaf, adalah majikan Bilal dan Amir bin Fuhairah. Umayyah terkenal sangat kejam kepada budak-budaknya. Bilal pernah disalib di atas pasir dan dijemur di tengah teik matahari dengan badan ditindihi batu. Untung Bilal ditebus oleh Saiyidina Abu Bakar Assidiq dan dimerdekakan. Orang Habsyi ini kemudian terkenal sebagai sahabat dekat Rasulullah s.a.w. dan diangkat sebagai Muazin, tukang azan.Dalam perang Badar, Umayyah bin Khalaf berhadap-hadapan dengan bekas budaknya itu. Dan Bilal berhasil membunuhnya dalam pertempuran yang sengit satu lawan satu. Adapun Khubaib bin Adi diambil oleh Uqbah bin Al-Harits dengan tujuan yang sama seperti maksud Shafwan membeli Zaid bin Abdutsunah. Iaitu untuk membalas dendam kebencian mereka kepada umat Islam.Maka oleh orang-orang Quraisy, Zaid diseret menuju Tan'im, salah satu tempat untuk miqat umrah. DI sanalah Zaid akan dijalani hukuman pancung, buatkan sesuatu yang ia tidak pernah melakukannya, iaitu terbunuhnya Umayyah bin Khalaf, ayahanda Shafwan. Menjelang algojo menetak parangnya, pemimpin kaum Musyrikin Abu Sufyan bertanya garang, "Zaid bedebah, apakah engkau senang seandainya di tempatmu ini Muhammad, sedangkan engkau hidup tenteram bersama keluargamu di rumah ?""Janganlah begitu," bantah Zaid dengan keras. "Dalam keadaan begini pun aku tidak rela Rasulullah tertusuk duri kecil di rumahnya."Abu Sufyan menjadi marah. "Bereskan," teriaknya kepada algojo. Dalam sekelip mata, sebilah parang berkilat di tengah terik matahari dan darah segar menyembur keluar. Zaid bin Abdutsunah gugur setelah kepalanya dipotong, menambah jumlah penghuni syurga dengan seorang syuhada' lagi. Di hati Abu Sufyan dan orang-orang Quraisy lainnya timbul keheranan akan kesetiaan para sahabat kepada Muhammad. Sampai tergamam di bibir Abu Sufyan ucapan kagum, "Aku tidak perna menemukan seorang yang begitu dicintai para sahabat seperti Muhammad."Sesudah selesai pemancungan Zaid, datang pula rombongan lain yang menyeret Khubaib bin Adi. Sesuai dengan hukum yang berlaku di seluruh Tanah Arab, kepada pesalah yang dijatuhi qisas mati diberikan hak untuk menyampaikan permintaan terakhir. Demikian juga Khubaib. Juru dakwah yang bestari ini meminta izin untuk solat sunnah dua rakaat. Permohonan tersebut dikabulkan. Dengan khusyuk dan tenang, seolah-olah dalam suasana aman tenteram tanpa ancaman kematian, Khubaib melaksanakan ibadahnya sampai selesai. Setelah salam dan mengangkat dua tangan, ia berkata, "Demi Allah. Andaikata bukan kerana takut disangka aku gentar menghadapi maut, maka solatku akan kulakukan lebih panjang."Khubaib disalib dahulu lalu dihabisi sepertimana dilaksanakan ke atas Zaid bin Abdutsunah. Jasadnya telah lebur sebagaimana jenazah lima sahabatnya yang lain. Namun semangat dakwah mereka yang dilandasi keikhlasan untuk menyebarkan ajaran kebenaran takkan pernah padam dari permukaan bumi. Semangat itu terus bergema sehingga makin banyak jumlah pendakwah yang dengan kekuatan sendiri, atas biaya peribadi, menyelusup keluar-masuk pedalaman berbatu-batu karang atau berhutan-hutan belantara buat menyampaikan firman Tuhan menuju keselamatan

Read more...

Faktor yang mengukuhkan sifat sabar

i. Mengenali hakikat hidup di dunia
Manusia kerap hilang kesabarannya kerana salah fahaman tentang hakikat hidup. Dunia ini bukan sebuah syurga yang penuh nikmat dan kekal, tetapi sebuah tempat Allah menguji manusia sebelum manusia ditempatkan ditempat yang kekal iaitu syurga. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;
“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.”
Surah Al-Balad : Ayat 4
Jelaslah bahawa jika kita sedar dunia ini tempat ujian. Maka kita kenalah bersabar bila kita ditimpa kesusuhan.
ii. Mengenali Diri
Jika kita mengenali diri kita adalah milik Allah dan apa yang ada pada kita adalah anugerah Allah yang sementara. Maka apa juga yang berlaku pada kita dan harta benda kita akan mudah dilalui dengan sabar. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;
“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, Maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, Maka Hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.”
Surah An Nahl : Ayat 53
Jika kekayaan dan kuasa yang ada pada kita hilang, maka sebenarnya kita tidak perlu risau kerana Allah yang memberinya dan ia telah mengambil kembali. Dengan itu terbentuklah rasa sabar dan menginsafi diri.
iii. Menyakini Ganjaran Di Sisi Allah
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;
“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu”. orang-orang yang berbuat baik di dunia Ini memperoleh kebaikan. dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya Hanya orang-orang yang Bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”
Surah Az Zumar : Ayat 10
Mereka yang yakin bahawa Allah akan memberikan ganjaran yang besar kepada mereka yang sabar dan akan terus dapat membina rasa sabar.
iv. Yakin Kepada Pertolongan Allah
Orang yang beriman hendaklah yakin akan tiba pertolongan Allah juga. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;
“Oleh itu tetapkan kepercayaanmu, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”
Surah Al Insyiraah : Ayat 6
Dengan menyakini pertolongan Allah akan membolehkan kita membina kesabaran di hati.
v. Memohon Pertolongan Allah
Mohonlah pertolongan Allah untuk bersabar dan untuk mengatasi kesusahan dan ujian Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa menjadikan kita bersabar dan berjaya menghadapi ujiannya. Dan Allah telah berjanji untuk memberi kemenangan kepada mereka yang bersabar.
vi. Mencontohi Orang Yang Bersabar
Menghayati kisah orang-orang yang diuji oleh Allah dengan ujian yang besar akan menjadikan kita lebih bersabar menghadapi ujian Allah S.W.T.
vii. Menjauhi Penyakit Penghalang Sabar
Antara penghalang kepada sifat sabar ialah :
a) Gopoh dan tergesa-gesa. Firman Allah yang bermaksud ;
“Manusia Telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.”
Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 37
b) Marah. Sifat marah menyebabkan manusia hilang sabar, pertimbangan, gelisah dan membawa kepada kekecewaan.
c) Terlampau sedih.
d) Putus asa.

Read more...

Mengapa doa tidak dimakbul

Selalunya Tuhan akan mengabulkan setiap doa melalui saluran yang diizinkan syarak. Tetapi jika pemberian itu tidak sampai ke tangan kita atau kita tidak menerimanya, maka itu bukanlah salah Tuhan. Mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Di antara kemungkinan itu ialah:
-Ada kalanya kita sudah terlalu jauh dengan Tuhan.
-Ada dinding yang membataskan kita dengan Tuhan seperti dosa yang sudah bertimbun-timbun sehingga Tuhan berasa tidak patut lagi kita menerima pemberian-Nya yang bernilai tinggi dan suci itu.
-Kita selalu berdoa tetapi perbuatan maksiat tidak kita tinggalkan dan kita suka mengambil sesuatu melalui jalan yang haram.
-Boleh jadi kerana salah kita melanggar syaratnya atau kerana salah satu sebab yang kita tahu atau sedar.
Ibrahim Adham, seorang ahli sufi yang sangat masyhur pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di tengah pasar Basrah, mengapa doa kami tidak dimakbulkan Allah pada hal kami selalu berdoa.
Ibrahim Adham menjawab: "Kerana hati kamu buta (mati) disebabkan sepuluh perkara, iaitu":
-Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
-Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
-Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
-Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
-Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
-Kamu mengaku syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
-Kamu mengaku neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
-Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
-Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
-Kamu kebumikan mayat saudara-saudara kamu tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.
Daripada sepuluh sebab yang membutakan hati itu tersimpul satu sifat bahawa kebanyakan kita tidak menjunjung tugas sebagai hamba yang sebenar bagi Allah. Sebab itu wajar sekali kita tidak mendapat keistimewaan yang melimpah ruah - setiap panggilan tak mungkin disahut dan setiap permintaan tak mungkin dikabulkan Allah.
Bey Ariffin dalam bukunya Samudra Al-Fatihah antara lain mengatakan; doa seseorang itu tidak akan dimakbulkan Allah walaupun ia merendah diri serendah-rendahnya (khusyu' dan tawadhu') sewaktu berdoa, serta memuliakan Allah dengan semulia-mulianya, tetapi apabila sebelum berdoa atau sesudahnya dia mengerjakan pekerjaan yang sangat dilarang dan dimurkai Allah.
Di sinilah letaknya rahsia mengapa Allah tidak mengabulkan doa sebahagian besar dari manusia yang berdoa dan di sinilah pula letaknya kenapa Allah selalu mengabulkan doa Rasul dan nabi, para sahabat dan tabi'iin, para wali dan orang soleh lainnya.
Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa.
Di antara adab-adab berdoa ialah:
-Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
-Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.
-Berdoa dengan menghadap kiblat.
-Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.
-Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.
-Berdoa dalam keadaan khusyu' dan tawadhu' dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.
-Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.
-Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.
-Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.
-Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.

Read more...

Mesyuarat Pkpmi-Cpb Bersama Konsulat Malaysia






Read more...

Kuliah Bulanan (Usrah Gabungan)






Read more...

Kisah perang salib

Sesungguhnya Allah sukakan orang-orang yang berjuang di jalan Nya dalam satu barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh." (As Saff : 4)
Dalil Hadith dan Sunnah Rasulullah S.A.W
Maksudnya: "Hendaklah kamu berada dalam jama'ah kerana sesungguhnya berjama'ah itu adalah rahmat , sedangkan perpecahan itu merupakan azab." (Muslim)
Dalil-dalil Qawa'idul Fiqhiyyah (kaedah fekah)
Maksudnya: "Jika tidak terlaksana perkara yang wajib itu sehingga ada perkara yang membawa ia terlaksana, maka tidak dapat tidak perkara tersebut juga menjadi wajib."
Dalil Aqli (akal) berdasarkan kepada Waqi' (realiti) semasa.
Diperhatikan mereka yang menentang Islam, mereka bekerja secara pasukan. Sebab itu tidak boleh diterima syara' dan akal, musuh seperti ini dapat dihadapi dengan jayanya secara individu. Abu Bakar r.a pernah berkata kepada Khalid Al Walid: "Perangilah mereka sebagaimana mereka memerangi kamu, pedang dengan pedang, lembing dengan lembing dan panah dengan panah."
Jerussalem merupakan kota Suci bagi ketiga-tiga agama samawi yakni Islam, Yahudi dan Kristian. Di dalam kota inilah letaknya Masjid Al-Aqsa yang dibangun oleh Nabi Sulaiman dan menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Makkah. Ketika Nabi Muhammad Isra', singgah dan solat di masjid ini sebelum Mi'raj ke langit. Nabi Isa as. juga dilahirkan di Baitullaham berdekatan kota Jerussalam ini.
Di masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab (13-23 H/634-644 M) Jerussalam dapat direbut oleh kaum Muslimin dalam suatu penyerahan kuasa secara damai. Khalifah Umar sendiri datang ke Jerussalem untuk menerima penyerahan kota Suci itu atas desakan dan persetujuan Uskup Agung Sophronius.
Berabad abad lamanya kota itu berada di bawah pentadbiran Islam, tapi penduduknya bebas memeluk agama dan melaksanakan ajaran agamanya masing-masing tanpa ada gangguan. Orang-orang Kristian dari seluruh dunia juga bebas datang untuk mengerjakan haji di kota Suci itu dan mengerjakan upacara keagamaannya. Orang-orang Kristian dari Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera. Sebahagian dari mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringkan pula oleh pasukan bersenjata lengkap.
Sebelum Jerussalem ditadbir Kerajaan Seljuk pada tahun 1070, upacara seperti itu dibiarkan saja oleh umat Islam, kerana dasar toleransi agama. Akan tetapi apabila Kerajaan Seljuk memerintah, upacara seperti itu tidak dibernarkan, dengan alasan keselamatan. Mungkin kerana upacara tersebut semakin berbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huruhara. Disebutkan bahawa pada tahun 1064 ketua Uskup memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri dari kumpulan Baron-baron dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki.
Itulah yang membimbangkan Kerajaan Seljuk. Jadi larangan itu demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan Seljuk itu menjadi salah anggapan oleh orang-orang Eropah. Ketua-ketua agama mereka telah berkempin bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan dari genggaman umat Islam.
Patriach Ermite adalah paderi yang paling lantang dan bertungkus lumus mengapi-apikan kemarahan umat Kristian. Dia asalnya seorang tentera, tapi kemudian menjadi paderi, berwatak kepala angin dan cepat marah. Dalam usahanya untuk menarik simpati umat Kristian, Ermite telah berkeliling Eropah dengan mengenderai seekor kaldai sambil memikul kayu Salib besar, berkaki ayam dan berpakaian compang camping. Dia telah berpidato di hadapan orang ramai sama ada di dalam gereja, di jalan-jalan raya atau di pasar-pasar. Dia menceritakan sama ada benar atau bohong kisah kunjungannya ke Baitul Maqdis.
Katanya, dia melihat pencerobohan kesucian ke atas kubur Nabi Isa oleh Kerajaan Turki Seljuk. Diceritakan bahawa jemaah haji Kristian telah dihina, dizalimi dan dinista oleh orang-orang Islam di Jerussalem. Serentak dengan itu, dia menggalakkan orang ramai agar bangkit menyertai perang untuk membebaskan Jerussalem dari tangan orang Islam. Hasutan Ermite berhasil dengan menggalakkan. Paus Urbanus II mengumumkan ampunan seluruh dosa bagi yang bersedia dengan suka rela mengikuti Perang Suci itu, sekalipun sebelumnya dia merupakan seorang perompak, pembunuh, pencuri dan sebagainya. Maka keluarlah ribuan umat Kristian untuk mengikuti perang dengan memikul senjata untuk menyertai perang Suci. Mereka yang ingin mengikuti perang ini diperintahkan agar meletakkan tanda Salib di badannya, oleh kerana itulah perang ini disebut Perang Salib.
Paus Urbanus menetapkan tarikh 15 Ogos 1095 bagi pemberangkatan tentera Salib menuju Timur Tengah, tapi kalangan awam sudah tidak sabar menunggu lebih lama lagi setelah dijanjikan dengan berbagai kebebasan, kemewahan dan habuan. Mereka mendesak Paderi Patriach Ermite agar berangkat memimpin mereka. Maka Ermite pun berangkat dengan 60,000 orang pasukan, kemudian disusul oleh kaum tani dari Jerman seramai 20.000, datang lagi 200,000 orang menjadikan jumlah keseluruhannya 300,000 orang lelaki dan perempuan. Sepanjang perjalanan, mereka di izinkan merompak, memperkosa, berzina dan mabuk-mabuk. Setiap penduduk negeri yang dilaluinya, selalu mengalu-alukan dan memberikan bantuan seperlunya.
Akan tetapi sesampainya di Hongaria dan Bulgaria, sambutan sangat dingin, menyebabkan pasukan Salib yang sudah kekurangan makanan ini marah dan merampas harta benda penduduk. Penduduk di dua negeri ini tidak tinggal diam. Walau pun mereka sama-sama beragama Kristian, mereka tidak senang dan bertindak balas. Terjadilah pertempuran sengit dan pembunuhan yang mengerikan. Dari 300,000 orang pasukan Salib itu hanya 7000 sahaja yang selamat sampai di Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang Rahib.
Apabila pasukan Salib itu telah mendarat di pantai Asia kecil, pasukan kaum Muslimin yang di pimpin oleh Sultan Kalij Arselan telah menyambutnya dengan hayunan pedang. Maka terjadilah pertempuran sengit antara kaum Salib dengan pasukan Islam yang berakhir dengan hancur binasanya seluruh pasukan Salib itu.
Kaum Salib Mengganas
Setelah kaum Salib yang dipimpin oleh para Rahib yang tidak tahu strategi perang itu musnah sama sekali, muncullah pasukan Salib yang dipimpin oleh anak-anak Raja Godfrey dari Lorraine Perancis, Bohemund dari Normandy dan Raymond dari Toulouse. Mereka berkumpul di Konstantinopel dengan kekuatan 150,000 askar, kemudian menyeberang selat Bosfur dan melanggar wliayah Islam bagaikan air bah. Pasukan kaum Muslimin yang hanya berkekuatan 50,000 orang bertahan mati-matian di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan.
Satu persatu kota dan Benteng kaum Muslimin jatuh ke tangan kaum Salib, memaksa Kalij Arselan berundur dari satu benteng ke benteng yang lain sambil menyusun kekuatan dan taktik baru. Bala bantuan kaum Salib datang mencurah-curah dari negara-negara Eropah. Sedangkan Kalij Arselan tidak dapat mengharapkan bantuan dari wilayah-wilayah Islam yang lain, kerana mereka sibuk dengan kemelut dalaman masing-masing.
Setelah berlaku pertempuran sekian lama, akhirnya kaum Salib dapat mara dan mengepung Baitul Maqdis, tapi penduduk kota Suci itu tidak mahu menyerah kalah begitu saja. Mereka telah berjuang dengan jiwa raga mempertahankan kota Suci itu selama satu bulan. Akhirnya pada 15 Julai 1099, Baitul Maqdis jatuh ke tangan pasukan Salib, tercapailah cita-cita mereka.
Berlakulah keganasan luar biasa yang belum pernah terjadi dalam sejarah umat manusia. Kaum kafir Kristian itu telah menyembelih penduduk awam Islam lelaki, perempuan dan kanak-kanak dengan sangat ganasnya. Mereka juga membantai orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian yang enggan bergabung dengan kaum Salib. Keganasan kaum Salib Kristian yang sangat melampau itu telah dikutuk dan diperkatakan oleh para saksi dan penulis sejarah yang terdiri dari berbagai agama dan bangsa.
Seorang ahli sejarah Perancis, Michaud berkata: "Pada saat penaklukan Jerussalem oleh orang Kristian tahun 1099, orang-orang Islam dibantai di jalan-jalan dan di rumah-rumah. Jerussalem tidak punya tempat lagi bagi orang-orang yang kalah itu. Beberapa orang cuba mengelak dari kematian dengan cara menghendap-hendap dari benteng, yang lain berkerumun di istana dan berbagai menara untuk mencari perlindungan terutama di masjid-masjid. Namun mereka tetap tidak dapat menyembunyikan diri dari pengejaran orang-orang Kristian itu.
Tentera Salib yang menjadi tuan di Masjid Umar, di mana orang-orang Islam cuba mempertahankan diri selama beberapa lama menambahkan lagi adegan-adegan yang mengerikan yang menodai penaklukan Titus. Tentera infanteri dan kaveleri lari tunggang langgang di antara para buruan. Di tengah huru-hara yang mengerikan itu yang terdengar hanya rintihan dan jeritan kematian. Orang-orang yang menang itu memijak-mijak tumpukan mayat ketika mereka lari mengejar orang yang cuba menyelamatkan diri dengan sia-sia.
Raymond d'Agiles, yang menyaksikan peristiwa itu dengan mata kepalanya sendiri mengatakan: "Di bawah serambi masjid yang melengkung itu, genangan darah dalamnya mencecah lutut dan mencapai tali kekang kuda."
Aksi pembantaian hanya berhenti beberapa saat saja, yakni ketika pasukan Salib itu berkumpul untuk menyatakan kesyukuran di atas kemenangan mereka. Tapi sebaik saja upacara itu selesai, pembantaian diteruskan dengan lebih ganas lagi.
Seterusnya Michaud berkata: "Semua yang tertangkap yang disisakan dari pembantaian pertama, semua yang telah diselamatkan untuk mendapatkan upeti, dibantai dengan kejam. Orang-orang Islam itu dipaksa terjun dari puncak menara dan bumbung-bumbung rumah, mereka dibakar hidup -hidup , diheret dari tempat persembunyian bawah tanah, diheret ke hadapan umum dan dikurbankan di tiang gantungan.
Air mata wanita, tangisan kanak-kanak, begitu juga pemandangan dari tempat Yesus Kristus memberikan ampun kepada para algojonya, sama sekali tidak dapat meredhakan nafsu membunuh orang-orang yang menang itu. Penyembelihan itu berlangsung selama seminggu. Beberapa orang yang berhasil melarikan diri, dimusnahkan atau dikurangkan bilangannya dengan perhambaan atau kerja paksa yang mengerikan."
Gustav Le Bon telah mensifatkan penyembelihan kaum Salib Kristian sebagaimana kata-katanya: "Kaum Salib kita yang "bertakwa" itu tidak memadai dengan melakukan berbagai bentuk kezaliman, kerosakan dan penganiayaan, mereka kemudian mengadakan suatu mesyuarat yang memutuskan supaya dibunuh saja semua penduduk Baitul Maqdis yang terdiri dari kaum Muslimin dan bangsa Yahudi serta orang-orang Kristian yang tidak memberikan pertolongan kepada mereka yang jumlah mencapai 60,000 orang. Orang-orang itu telah dibunuh semua dalam masa 8 hari saja termasuk perempuan, kanak-kanak dan orang tua, tidak seorang pun yang terkecuali.
Ahli sejarah Kristian yang lain, Mill, mengatakan: "Ketika itu diputuskan bahawa rasa kasihan tidak boleh diperlihatkan terhadap kaum Muslimin. Orang-orang yang kalah itu diheret ke tempat-tempat umum dan dibunuh. Semua kaum wanita yang sedang menyusu, anak-anak gadis dan anak-anak lelaki dibantai dengan kejam. Tanah padang, jalan-jalan, bahkan tempat-tempat yang tidak berpenghuni di Jerusssalem ditaburi oleh mayat-mayat wanita dan lelaki, dan tubuh kanak-kanak yang koyak-koyak. Tidak ada hati yang lebur dalam keharuan atau yang tergerak untuk berbuat kebajikan melihat peristiwa mengerikan itu."
Artikel dipetik dari buku Kisah 85 Kekasih Allah (Kisah Pejuang Islam) Jilid 3, Darul Nu'man, oleh Tuan Hj Ahmad Muhd Abd Ghaffar.

Read more...

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insyaallah.
"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.
"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

Read more...

Satu tongkat, tiga zaman dan kisah merdeka

Nabi Musa pernah berdialog dengan Nabi Muhammad s.a.w di dalam kisah Isra' Mikraj tentang urusan mengurangkan jumlah solat daripada 50 kepada 5. Tanpa peranan Nabi Musa nescaya kita tentu saja terbeban dengan ur usan solat. Pada saat kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. diriwayatkan baginda sentiasa menyebut 'umatku' dan 'solat' secara berulang. Ertinya, peranan Musa a.s amat besar dalam ur usan solat ini. Diriwayatkan juga bahawa ketika Nabi Muhammad hampir wafat, baginda menyebutkan suatu doa yang meminta agar baginda dapat berjumpa rakannya di langit. Kalangan orang Kristian mendakwa, doa ini menunjukkan bahawa baginda ingin bertemu Nabi Isa (Jesus Christ).

Akhir-akhir ini saya yakin bahawa yang ingin ditemui baginda adalah Musa, iaitu saudaranya yang pernah berbincang mengenai hal pengurangan solat di langit. "Dan bacakanlah (Hai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Musa; sesungguhnya ia adalah insan pilihan, dan adalah ia seorang Rasul dan Nabi." (Maryam, 51) Jika Nabi Musa membawa umatnya ke Laut Merah daripada buruan Fir'aun, maka hal ini juga mirip kepada perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam kisah hijrah. Ringkasnya ada banyak persamaan yang boleh ditemui pada sosok Musa dan Muhammad ini. Kembali kepada hal fasa perjuangan Musa a.s, maka saya bahagikan fasa perjuangan ini kepada tiga bahagian bermula dengan tongkat Nabi Musa a.s. Kenapakah perjuangan ini bermula daripada tongkat? Ini kerana, tongkat itu diterima selepas wujud peralihan baru dalam kehidupan Musa yang pernah berada dalam istana Fir'aun sebelum itu. Tongkat itu adalah simbol 'perjuangan' Musa menyambung kehidupan dengan menternak kambing, sesuai dengan pekerjaan Rasulullah s.a.w sebelum diangkat menjadi nabi. Dan, yang paling penting, tongkat itulah yang disebut Tuhan dalam al-Qur'an. Di dalam surah Taaha, dialog antara Musa a.s dan Allah s.w.t disebutkan sebagai berikut. (Taha adalah nama lain bagi Muhammad selain Yasin. Pada awal surah ini sudah pun ditunjukkan bagaimana Allah telah memperihalkan perjuangan Musa kepadanya)[17] "Dan apa (benda) yang berada pada tangan kananmu itu wahai Musa?"[18] Dia menjawab: "Inilah tongkatku; aku menggunanya semasa berjalan, aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".[19] Allah berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"[20] Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.[21] Allah berfirman: "Tangkaplah ia dan jangan takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal." (Taaha; 17 hingga 21) Inilah pertunjukan yang pertama ke atas Nabi Musa guna meyakinkan baginda mengenai kekuasaanNya.


Bukan saja tongkat, malah tangan Musa yang memegang tongkat itu juga turut diberikan Allah kekuatan mukjizat dengan tangan yang bersinar-sinar. Pada zaman Rasulullah s.a.w, mukjizat yang lebih kurang sama diberi kan ke atas baginda yang mirip kepada Musa; membelah bulan seperti mana Musa membelah lautan. Lihatlah pergerakan air laut pasang dan surut yang ada kaitannya dengan peredaran bulan. Adapun kesan tangan Musa yang bersinar itu mengalir kepada tangan Muhammad s.a.w yang bersinar-sinar ketika membelah bulan. Ertinya, banyak persamaan antara Musa dan Nabi Muhammad s.a.w ini. Bagaimanapun, kita boleh melanjutkan hal persamaan ini pada suatu bab yang lain. Yang menarik untuk direnung kan ialah hal tongkat Nabi Musa pada tiga zaman berbeza.


Tongkat baginda berperanan pada era penjajahan, pra-merdeka dan merdeka.Zaman penjajahanBerikut adalah dalil dan nas yang ditemui di dalam al-Qur'an berhubung hal tersebut. Nabi Musa mula menetapkan masa bagi memerangi kekuatan ahli sihir yang diperalatkan oleh Fir'aun. Nabi Musa berkata: "Tempoh yang aku tetapkan untuk kamu ialah hari perayaan, dan hendaklah orang ramai berhimpun pada waktu dhuha" (Taaha, 59) Nabi Musa mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata. (Asy-Syu'ara', 32) Zaman pra-merdekaSetelah berperanan pada zaman penjajahan Fir'aun, tongkat itu juga membawa Bani Israel merentasi Lautan Merah ketika Musa membelah lautan dengannya. Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah kau membawa hamba-hambaKu keluar memgembara pada waktu malam, kemudian pukullah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula kau takut tenggelam". (Taha, 77) Lalu Kami wahyukan kepada Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul), maka terbelahlah laut (kepada beberapa bahagian), lalu tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar." (Asy-Syu'ara', 63) Kalau tongkat itu berperanan membelah lautan maka apa peranan tongkat itu pada zaman seterusnya, iaitu zaman mengisi kemerdekaan? Zaman merdeka"Dan (ingatlah) ketika Musa meminta agar diberikan air untuk kaumnya, maka Kami berkata: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu," (ia pun memukulnya), lalu terpancut dari batu itu 12 mata air; sesungguhnya setiap puak (antara mereka) telah mengetahui tempat minum. (Dan Kami berfirman): "Makan dan minumlah dari rezeki Allah, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi." (Al-Baqarah, 60) "Dan kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi 12 suku, sebagai golongan-golongan besar, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya memohon air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah darinya 12 mata air. Tiap-tiap golongan (antara mereka) mengetahui tempat masing-masing. " Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan Kami turunkan kepada mereka "Mann" dan "Salwa". (Lalu Kami berfirman): "Makanlah dari baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (dengan kekufuran mereka), tapi mereka adalah menganiaya diri mereka sendiri. (Al-A'raaf, 160) Peranan tongkat Musa a.s itu berakhir dengan sendirinya pada ketika Bani Israel merdeka daripada perhambaan Fir'aun.


Khazanah itu semua mungkin tersimpan dalam peti Tabut yang menjadi rebutan anggota Freemason dan Knight Templar pada era berikutnya. KesimpulanDaripada kisah ini, kita membuat banyak rumusan. Tapi, dalam tulisan kecil ini tidaklah boleh kita rangkumkan semuanya. Pertama, asas pembinaan tamadun berawal daripada 'tongkat'. Dan ia terus juga berfungsi pada setiap zaman, iaitu zaman dijajah, pra-merdeka dan merdeka sepenuhnya. Bagi umat Nabi Muhammad, 'tongkat' mereka yang sebenarnya ialah pena atau tinta yang pernah disebutkan dengan jelas dalam al-Qur'an menerusi surah al-'Alaq. [1] Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)[2] Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku[3] Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah[4] Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan [5] Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Barangkali, kerana faktor inilah yang menyebabkan sasterawan Usman Awang misalnya memilih nama pena ' Tongkat Wa rrant' sebagai gantian kepada nama asalnya. Seperti mana fungsi asal tongkat Musa a.s, tongkat (tinta pena) cendekiawan, ulama' juga memainkan peranan mereka pada zaman penjajahan, pra-merdeka dan merdeka. Di dalam sirah menuntut merdeka, suratkhabar adalah saksi semua itu.


Merekalah peneraju terawal sebelum wujudnya saf politikus kapitalis yang kononnya 'berjuang' melalui parti. Maulana Muhammad Iqbal bermadah: "Bangsa-bangsa lahir daripada tangan penyair, dan mereka boleh jatuh dan bangun melalui sentuhan politikus."

Read more...

Pertandingan Memasak









Pada 19 april 2009 telah diadakan pertandingan memasak anjuran Helwi PKPMI-CPB. Pertandingan memasak ini disertai oleh kakitangan Konsulat Malaysia Dan Perwakilan.

Read more...

Islamic Malay Calture Fair 2009

























Islamic Malay Calture Fair 2009 telah diadakan pada 26 April 2009 dianjurkan oleh Dewan Mahasiswa (UIN SUSKA) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajara Malaysia Di Indonesia Cawangan Pekanbaru (PKPMI-CPB) dan Himpunan Mahasiswa Thailand, Konsul Malaysia Pekanbaru En. Zamani Bin Ismail turut ikut serta dalam acara yang semarak ini bersama Rektor UIN SUSKA Prof. Dr. H. Nazir dan Dinas Kebudayaan dan Parawisata Riau.

Read more...

Thursday, January 29, 2009

Memory Bersama Konsulat Malaysia dan Pkpmi 2008/09

Jika kamu memancing ikan.. setelah ikan itu terlekat di mata kail.. hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.. jgn sesekali kamu lepaskan ia...semula ke dalam air begitu sahaja.. kerana ia akan sakit oleh kerana....bisanya...ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..
Begitulah jua setelah kamu memberikan banyak pengharapan dan kepercayaan kepada seseorang kawan... setelah ia mula merpercayai kamu sebagai sahabat hendaklah kamu menjaga hatinya.. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu sebagai insan yg bernama sahabat...Jika kamu menadah air, biarlah berpada.. jangan terlalu berharap pada takungannya.. dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. cukuplah sekadar keperluanmu.. Apabila sekali ia retak.. tentu sukar sekali utk kamu menampalnya semula.. akhirnya ia dibuang.. sedangkan jika kamu cuba membaikinya semula.. mungkin ia masih boleh digunakan lagi..Begitu juga jika kamu memperoleh seorang sahabat yg sejati .. terimalah dia seadanya..janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. anggaplah dia manusia biasa.. apabila sekali melakukan kesilapan.. bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.. akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan, jika kamu memaafkan, boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik....Cintailah kerana Allah dan bencilah kerana Allah... Sesungguhnya hak ini adalah merupakan ikatan iman yang paling kuat...



Read more...

Friday, December 5, 2008

Mengapa Solat Tidak membangun Insan Pejuang

“ Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar “ Al-Ankabut,29 : 45

“ Dan dapatkanlah pertolongan dengan sabar dan solat, dan sesungguhnya (solat) itu berat melainkan orang-orang yang khusyu’ “ Al-Baqqoroh,2 : 45

“ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, mereka yang khusyu’ dalam solatnya “ Al-Mu’minun,23 : 1-2 “ Oleh itu, celakalah orang-orang yang solat, yang solatnya lalai, yang menunjuk-nunjuk(riya’) “ Al-Ma’un,107 : 4-6

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan 2.

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3.

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4.

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5.

Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6.

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7.

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8.

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9.

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita … wahai pejuang ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

Read more...

Syahadah Bersatu di Najaf


Terik mentari menggigit-gigit epidermis kulitnya. Kasar dan kejam. Dia mendongak ke langit luas. Silau mentari memaksanya kembali menundukkan kepala ke lantai bumi. Benarlah! Dia ini hamba Tuhan nan lemah. Terlalu! Khalayak yang berihram tengah hari itu berpusu-pusu menghampiri telaga Zamzam. Bahang kepanasan yang mencengkam trakea pantas disiraminya dengan air barakah itu. Hampir dengannya, sekumpulan wanita berniqab sedang berbual sambil melepaskan lelah.

Mujahid minum seteguk lagi sambil bibirnya kumat-kamit melafazkan kalimah tayyibah- Alhamdulillah. Mentari di atas kepala semakin garang memercik bahang. Dia gesit ke Makam Ibrahim yang nampak lengang. Dia bersolat sunat 2 rakaat lalu mengakhirinya dengan doa nan panjang. Panas mentari semakin kejam menikam tubuh. Serasa dia bagai menerima suatu hukuman maha hebat. Mukanya diraup lalu matanya dipejamkan.

“ Demi Allah! Selagi kezaliman menjadi peganganmu, seluruh hidupmu akan dilaknat-Nya!”

Mujahid terkesima. Matanya serasa berpinar-pinar. Kelihatan sekumpulan pemuda dari Pakistan sedang bersolat sunat. Dia meraup kembali wajahnya yang berkumis nipis. Nalurinya terhiris. Acap benar kata-kata itu mengganggunya. Dia memandang kedua-dua tangan dan kakinya lalu menangis semahu-mahunya. Kumpulan pemuda dari Pakistan itu merenungnya. Dia memejamkan semula matanya.

“ Malam ini kita akan melancarkan serangan balas di Fallujah. Seruan jihad yang disampaikan oleh Imam Masjid Syeikh Abdul Rahman bin Abdul Aziz telah berjaya membangkitkan roh jihad di kalangan penduduk Fallujah. Mereka telah membunuh ramai tentera-tentera kita. Darah harus dibayar dengan darah. Fallujah harus diajar!”

Dia menangis lagi. Kali ini air matanya lebih deras mengalir.

“Aku arahkan Pasukan Divisyen Infantri Ke-2 mengepung Fallujah lewat petang ini. Bandar ini terpisah dari bandar Romadi dan Ba’qubah dengan padang pasir. Sukar untuk mereka mendapat bantuan luar. Jadi tiada sebab mengapa kita harus gagal dalam operasi malam ini.”

Mujahid tersentak. Sayup-sayup suara azan mematikan lamunannya. Dia tidak sedar, hari sudah santak ke senja. Rona langit jingga senja itu mengembalikan ingatannya kepada malam itu. Ya! Malam ketika Fallujah digegarkan dengan tembakan roket yang dilakukan oleh pesawat perang F 16. Bagai hujan api, tembakan roket itu telah membumi hanguskan Fallujah. Dalam masa seminggu, serangan itu telah membunuh 700 orang syuhada dan Fallujah dibanjiri darah dan air mata.

“Bunuh! Bunuh! Mereka ini bangsa yang harus diajar tentang dominasi dan kuasa. Tentang kekuatan dan keagungan bangsa kulit putih. Ha..ha..ha..”

Mujahid menangis. Dia sedang melihat dirinya yang dirasuk kegilaan kuasa. Memori hitam itu merentap-rentap nalurinya. Pedih dan ngilu.

“Siapa yang merancang serangan di khemah markas divisyen Najaf semalam, ha!?”

Pemuda berjambang tebal yang menamakan dirinya Saif itu menggeleng.

“Huh! Degil ya?” David menendang perut Saif lalu hujung laras senapang dihentakkan ke muka dan kepalanya. Darah membuak keluar dari mulut dan hidung. Merah dan likat.

“Ini rahsia aku dan Jaes Al Mahdi.” Saif menjegilkan matanya lalu meludah ke muka David.

David berang. Suatu tamparan singgah di pipi Saif. Darah memancut keluar dari hidung Saif.

“Cakap!” Suara David meninggi. Dia mencekup muka Saif sambil merenung tajam ke bola mata pemuda yang berasal dari Najaf itu.

Saif mendiamkan diri. Demi Allah, rahsia itu pastikan terkulum kemas bersamanya. Dia sudah berjanji dengan Sara juga berbaiah dengan Jaes Al-Mahdi, walau apa pun yang terjadi, pelan rancangan mereka untuk menawan khemah markas divisyen tidak akan terbongkar.

“Mati… atau bekerjasama dengan aku.”

Mujahid menarik nafas dalam-dalam lalu berhasrat untuk melakukan tawaf sunat. Pilu dan sayu menjalari tangkai jiwa. Hatinya hancur. Dia malu pada dirinya. Dia malu pada Tuhan yang Maha Kuasa. Dia ini berbangga dengan kegagahan dan kekuasaan yang dimilikinya namun tidak pernah mengingati bahawa dia sebenarnya sangat kerdil di hadapan Tuhan yang Maha Hebat. Ya Allah!

“Ini kerja gila, Sara!” David merenyuk artikel tulisan Sara yang mengutuk tentang kekejaman tentera U.S di Abu Gharib.

Wajah Sara tiba-tiba menerpa memori. Anak gadisnya nan manis itu bekerja sebagai koresponden Washington Post ke Baghdad. Merakam segala-segalanya melalui lensa kamera dan hujung penanya.

“Ayah lebih gila. Membunuh dan meragut nikmat kehidupan orang lain tanpa belas ihsan. Saya menulis tentang keadilan dan kebenaran meski yang terpaksa saya hukum itu adalah bapa saya sendiri!”

Dadanya bergoncangan. Dia melafazkan bacaan Surah Al-Rahman yang dihafalnya sebelum berangkat ke Tanah Haram ini. Air matanya menitis.

“Mereka pengganas dan pemberontak yang harus dihapuskan.”

“Anak-anak kecil, wanita, orang-orang tua itu pengganaskah?”

Bibir Mujahid terketar meneruskan lafaz bacaan. Pawana menampar kasar wajahnya. Hatinya disayat resah. Dia menyesal!

“ Lepaskan Saif, ayah. Dia tidak tahu-menahu tentang serangan di Najaf.”

“ Kau dikuasai cinta pemuda Iraq itu sehingga tidak tahu membezakan antara pengganas dan penegak keadilan!”

“Saya pencinta keadilan dan kebenaran, ayah! Beribu-ribu orang mati di tangan tentera U.S, seluruh tanah Iraq berantakan, saban hari berlaku pengeboman di sana sini, mereka inikah yang dinamakan penegak keadilan di mata ayah?”

“Kau mahu menjadi penentang bangsamu sendiri lalu menjadi pembela bangsa durjana ini?” Suara David keras meninggi. Rona wajahnya berubah.

“Bangsa durjana? Siapa lagi yang lebih durjana selain bangsa yang tiada malu menceroboh bumi hak milik orang lain semata-mata kerana ingin menguasai kekayaan minyak rantau Asia Barat lalu mengorbankan beratus-ratus ribu nyawa?” Sara merenung tajam ke muka David. Hatinya membara.

Ingin rasanya dia memberitahu ayahnya bahawa dialah yang sebenarnya menjadi perisik rahsia Jaes Al-Mahdi untuk laluan ke khemah markas divisyen Najaf selama ini. Ya! Di Najaf ini, syahadah dan perjuangan kemanusiaannya bersatu. Dia sudah ketemu suatu perjuangan berpaksi keadilan dan kebenaran jua bertemu suatu agama suci yang mengajar manusia apa itu erti keamanan dan kesejahteraan hakiki. Ketika pertemuan pertamanya dengan Saif yang telah membantunya dalam suatu serangan mengejut di Najaf beberapa bulan yang lalu, Sara semakin mengakrabi erti perjuangan sebenar rakyat Iraq. Mereka hanya mahukan kebebasan dan kedamaian kembali menjernih di tanah air mereka. Mereka terlalu mengingini nikmat kebahagiaan yang sudah lama terlupus dalam jerlus pasir kezaliman. Mereka hanya mahu nikmat kedamaian dan keharmonian, tidak yang lain.

“Hentikan tulisan-tulisanmu yang mengutuk tentera-tentera U.S atau….” David terhenti. Amarahnya tertahan. Di hadapannya adalah anak gadis yang mengalir dalam tubuhnya darah yang sama dengan darahnya.

“Atau…ayah mahu bunuh saja saya?” Kesabaran Sara terusik. Wajah Saif terbayang di pelupuk matanya berganti dengan wajah-wajah rakyat Iraq yang menderita dalam azab peperangan maha dahsyat ini.

“Kau sudah gila, Sara!” David menengking. Keras dan kasar.

Mujahid menekup muka. Langkah kakinya terasa berat. Mujahid terjelepuk. Dia menangis lagi. Di hadapan Kaabah dia bermunajat memohon restu. Dia menyesal. Terlalu!

“Kita semakin ditekan. Stesen televisyen CBS telah menayangkan gambar-gambar penderaan di Abu Gharib. Washington Post, lebih-lebih lagi. Sejarah ketika tentera-tentera kita menyerbu perkampungan My Lai, Vietnam dibangkitkan semula, sejarah tahanan Afghanistan didera di Guantanamo Bay diselongkar semula. Anakmu, Sara sudah melampaui batas. Terlalu berani menentang kita!”

Ayat-ayat Al-Quran berkumandang merdu di Masjidil Haram. Ramai orang sudah berpusu-pusu untuk menunaikan solat. Dia melangkah perlahan sambil mulutnya kumat-kamit menitir Asmaullah. Terasa dirinya antara manusia terhina di celahan puluhan ribu manusia di Masjidil Haram kala itu. Ya Allah!

“Aku mahu kita pindahkan Saif dari Umm Qasr ke Humvees. Seksa dia di tengah-tengah bahang padang pasir Humvees sehingga dia mahu membuka mulut tentang serangan di Najaf dan beberapa siri rancangan pengeboman lain oleh Jaes Al-Mahdi.”

David memerhati tepat ke retina Saif lalu menghadiahinya satu tumbukan di muka. Saif lesu. Tangan dan kaki yang terikat tidak membenarkannya untuk melawan. Dia menjerit. “Demi Allah! Selagi kezaliman menjadi peganganmu, seluruh hidupmu akan dilaknat-Nya!”

Mujahid tersentak. Rona wajah Saif menghantui mimpinya dan kalimah yang terpantul keluar dari mulut pemuda itu mengetuk-ngetuk gegendang telinganya saban waktu. Bayu dingin menyucuk-nyucuk sumsum tulangnya. Dia disayat pilu.

“Kita diserang hendap. Saif dapat melarikan diri. Aku menjangkakan Jaes Al-Mahdi bertanggung jawab dalam serangan kali ini. 5 anggota tentera kita terbunuh.”

“Najaf bakal bergegar. Kerahkan helikopter penggempur Cobra dan 3 pesawat tentera melepaskan peluru berpandu ke arah bandar Najaf. Pengikut-pengikut Muqtada Sadr harus tahu bahawa mereka sedang berdepan dengan penguasa teragung. Ha..ha..ha..”

Mujahid mendongak ke langit malam. Serasa bintang-bintang yang bergentayangan seolah-olah mencemuhnya. Dia memerhati tapak tangannya lalu serasa hanyir darah menerpa sinus. Sekilas, dia menoleh pandangan ke arah Kaabah yang dibaluti kiswah. Ya Allah! Aku mohon diberi pengampunan.

“Aku pembunuh anakku sendiri!”

“Kita tidak menjangkakan Sara juga turut berada di Najaf bersama Saif dan pejuang Jaes Al-Mahdi, David.”

“Aku pembunuh anakku sendiri!”

Mujahid dirasuk galau. Bayangan Sara muncul di benak memori. Anak gadisnya itu sedari remaja sudah menulis artikel-artikel tentang kemanusiaan dan keadilan. Lantas setelah tamat pengajian dalam bidang Komunikasi Media, dia bekerja sebagai wartawan di Washington Post sehingga ditawarkan menjadi koresponden Washington Post ke Baghdad. Dia menghalang namun semangat Sara ternyata lebih hebat. Sara ke Baghdad sebagai pejuang kemanusiaan yang menyelongkar segenap peri-laku tentera U.S dan dia pula ke Baghdad sebagai Ketua Divisyen Infantri Ke-2 U.S.

“Ayah harus merasa kehilangan seperti mana rakyat Iraq turut merasa kehilangan anggota keluarga mereka. Selepas itu ayah pasti tahu betapa bernilainya harga sebuah nyawa dan keamanan ”

“Sara…Sara…”

“Saya tidak menyesal mati di tangan tentera ayah kerana saya sudah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai insan yang waras. Meletakkan kemanusiaan dan keadilan di tempatnya.”

David menggenggam tangan Sara. Air matanya meluncur laju. Darah membuak-buak keluar dari dada dan perut Sara. David meraung.

“Aku pembunuh anakku!”

Mujahid tersentak. Dia mengesat air matanya. Ya Allah. Ampunkanlah daku, Tuhan.

Kalimah terakhir yang menitir keluar dari bibir Sara ternyata menambah galau di hati David. Kalimah syahadah. Ya! Syahadah seorang gadis yang di dalam tubuhnya mengalir darah David. Arghh! Dia buntu!

Mujahid gesit ke petak Hijir Ismail. Dia bersolat sunat dua rakaat di situ. Terbayang pengorbanan Nabi Ismail dan ketabahan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya sendiri demi melaksanakan suruhan Tuhan. Mungkin inilah semangat pengorbanan yang hadir dalam jiwa Sara, dalam jiwa Saif, juga dalam setiap jiwa dan hati rakyat Iraq yang merindukan kedamaian menjernih di bumi mereka.

“Terangkan padaku tentang Islam.”

Tahanan itu termangu.

“Bercakap tulus daripada hatimu nan jujur. Aku ingin mengenali agama yang pernah menjadi anutan anak gadisku.” David bersuara.

“Islam itu agama keamanan, kesejahteraan dan keselamatan. Islam itu sendiri berasal daripada perkataan Salam, bermaksud sejahtera.” Dia terhenti sambil menghela nafas panjang.

“Islam menganjurkan agar manusia hidup dalam keadaan aman dan harmoni, terhindar daripada hiruk-pikuk kezaliman dan penindasan. Islam menentang keras segala bentuk pencabulan hak asasi manusia. Islam itu agama sejahtera.” Dia tersedu. Manik-manik jernih menitik jatuh dari birai mata.

Islam. Mujahid memerhati pesona Kaabah sambil mengingati detik-detik dia mempelajari Islam daripada seorang tahanan Iraq, air mata kesyukurannya menitis. Saban hari dia mengulang ke kem tahanan tersebut semata-mata untuk belajar tentang agama yang menjadi pilihan anaknya, Sara. Benarlah! Islam telah menemukan Sara dengan perjuangan kemanusiaan hakiki yang menjadi pegangannya selama ini lantas syahadah dan perjuangan kemanusiaannya bersatu.

Di pinggir Masjidil Haram, di bawah langit malam yang disimbahi cahaya purnama, seakan wajah Sara tersenyum memerhati dia bermunajat.

“Anakku Sara, bumi Najaf telah menjadi saksi penyatuan syahadahmu dan syahadah ini.”

Read more...

Thursday, December 4, 2008

Kemurkaan Allah pada sesiapa yang meninggalkan solat wajib


BALASAN MENINGGALKAN SOLAT :
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan
menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun
berkata,

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu,
"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain
kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."! Lalu Rasulullah S.A.W
memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah
itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini
bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat
pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian
mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan
para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka
Rasulullah! S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah
dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya
ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai
para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka
menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain
kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat
tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh
ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh
aku?

Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan
kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya,
"Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia
telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang
berjamaah.

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Read more...

Kepada sesiapa yang berminat Untuk Menuntut Ilmu Di UIN SUSKA Riau, Indonesia

Kepada Sesiapa Pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke UIN SUSKA Pekanbaru, Riau, Indonesia untuk Jurusan Bimbingan Kaunseling Islam (Fakulti Dakwah) Ushuluddin dan Syariah Bolehlah Menghubungi Kami wakil Persatuan Pelajar Malaysia Cawangan Pekanbaru (PKPMI -CPB) Di talian :

Saudara Zafrul Zainal Abidin (PENASIHAT PKPMI-CPB) : +6281993248892

Saudara Zakaria Haji Noh (YDP PKPMI-CPB) : +6281927299663

Saudara Ahmad Bashir Khairuddin (TYDP PKPMI-CPB) : +6285973203206

Saudari Suhanah Abdul Rahman (SETIAUSAHA PKPMI-CPB) : +6285973203201

Read more...

Tuesday, December 2, 2008

Guru & Murid



Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-
muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya
permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada pemadam.

Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat
pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya
pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara
kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang
perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika
saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan
kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka
sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan
berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Murid-murid,
begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu
bathil. Kita begitu jelas membezakannya.

Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai
cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi
bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita
menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-
cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu semua akan mengikut
juga.

Dan kamu semua mulai dapat mengikutinya. Musuh- musuh kamu tidak
pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar
berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak
lagi jadi persoalan, pakaian seksi
menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan
trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain
lain.""Semuanya sudah terbalik.

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?"
tanya Guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu...""Baik permainan
kedua..." Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya
di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya
adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa
memijak karpet?"Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba alternatif
dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia
ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak
akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan
menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-
lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin
membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat.

Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.""
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya
dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi
dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari
perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan
itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih
tertidur!!!

Read more...

9 Mimpi Rasulullah

9 Mimpi Rasulullah

"Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT" Jangan terlalu fikirkan esok hari yang kita sendiri tak pasti samaada kita masih bernafas lagi atau tidak. Jangan difikirkan peristiwa lampau yg takkan dapat mengubah apa2 keadaan pun. Fikirlah apa yg kita hendak buat sekarang. Dan pasti kan apa yg kita buat utk hari ini adalah yg terbaik. Kerana perkara yg terbaik kita buat hari ini akan menghasilkan keputusan yg baik utk esok. Yang seterusnya menjadi kenangan manis untuk kita pada masa akan datang."

Read more...

Sejarah penubuhan PKPMI-CBP

Penubuhan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, Cawangan Pekanbaru (PKPMI-CPB) yang pada awalnya diberi nama Gabungan Pelajar- pelajar Malaysia di Indonesia (GPPMI-CPB), telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1990. Penubuhan GPPMI-CPB bermula daripada hasil cetusan pelajar- pelajar Malaysia yang berada di Pekanbaru yang ketika itu menuntut di IAIN SUSQA dan UNILAK seramai 32 orang.

Mohd Samadi Bin Hj Mohd Arsyad, merupakan YDP pertama GPPMI-CPB. Kewujudan yang bermisikan untuk menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Pekanbaru di samping untuk memproleh pengesahan daripada PKPMI Pusat dengan melobi PKPMI cabang-cabang yang telah ada untuk menyokong GPPMI-CPB bagi menukar statusmenjadi salah satu cabang PKPMI. Hasil perjuangan selama setahun lebih, akhirnya pada tanggal 30 November 1991 GPPMI-CPB yang diutus ke kongres ke 21 di Jakarta.

Sehinnga kini, PKPMI-CPB telah berdiri selama 17 tahun. dengan penukaran organisasi melalui Masyuarat Agung Tahunan yang diadakan setiap akhir periode. berlandaskan MOTTO "BERILMU, BERAMAL, BERIMAN ", PKPMI-CPB telah melakukan berbagai aktiviti dan program disamping mendapat pengawasan sepenuhnya daripada pihak Konsulat Malaysia di Pekanbaru.

Wasilah inilah yang diharapkan dapat membantu pembentukan intelektual pelajar Malaysia di Pekanbaru.

BERILMU, BERAMAL, BERIMAN

Read more...

Gedung Ilmu UIN SUSKA RIAU


Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau

Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau (UIN SUSKA) Riau, merupakan pegembangan atau peningkatan status institut Agama Islam Sulthan Syarif Qasim (IAIN SUSQA) Pekanbaru. IAIN SUSQA Pekanbaru didirikan pada tanggal 19 September 1970 bedasarkan surat keputusan Menteri Agama RI NO. 194 Tahun 1970.

Pada awalnya, terdirinya IAIN SUSQA hanya terdapat tiga buah fakultas, iaitu Fakutas Tarbiyah, Syariah dan Ushuluddin. masa selanjutnya IAIN SUSQA terus berkembang dengan bertambahnya jumlah fakultas dan berbagai sarana lainnya, seperti pada tahun 1997 dibuka Program Pascasarjana dan diikuti Fakultas Dakwah pada tahun 1998. perkembangan tersebut terus berlaku sehingga kini, bilamana IAIN SUSQA bertukar menjadi UIN SUSKA. Berbagai fakultas diwujudkan seperti fakultas Ekonomi dan Ilmu Sosial, fakultas sains dan Teknologi, manajmen perusahaan, teknik industri dan sebagainya. perkembangan sesuai dengan atonomi daerah yang inginkan pengembangan ilmu sosial, humaniora dan eksakta, dengan memantapkan prinsip integralisme ilmu pengetahuan dan islam. dengan perngembangan ini, UIN SUSKA telah memiliki lapan buah fakultas dan sebuah program pascasarjana.

Upaya peningkatan ini didasari oleh kesedaran masyarakat khusunya umat islam terhadap paradigma pendidikan moden dalam rangka antisipasi tuntutan dunia global yang dapat berimplikasikan terhadap penyimpangan norma- norma agama dan budaya islam.

Justeru itu, diharapkan UIN SUSKA mampu menjadi model kepada masyarakat Indonesia khususnya dan Negara luar umumnya (Malaysia) sebagai sebuah gedung ilmu yang mampu melahirkan cendiakawan moden yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai landasanya, disamping berusaha menyahut seruan kebangkitan ISLAM bagi menerajui arus globalisai ini.

Bagi pelajar MALAYSIA yang ingin menuntut Ilmu di sini bolehlah menghubungi kami di talian :

Saudara Zakaria haji Noh (YDP PKPMI-CPB) : +6281927299663

Saudara Ahmad Bashir Khairuddin (TYDP PKPMI-CPB) : +6285973203206

Saudari Suhanah Binti Abdul Rahman (Setiausaha PKPMI-CPB) : +6285973203201


Read more...

Friday, November 28, 2008

Berkat Disebalik Membaca Bismillah

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Read more...

Mesyuarat Agong kali ke-17

Pada 22.10.2008 telah diadakan mesyuarat agong pkpmi-cpb kali ke 17. Ianya adalah bagi membubarkan dan melantik kepimpinan baru Pkpmi-cpb bagi kali ke-17. Untuk pelantikkan YDP Pkpmi-Cpb ialah Saudara Zakaria Haji Noh dan timbalan YDP adalah Saudara Ahmad Bashir khairuddin. semoga perjalanan Pkpmi-cpb lebih meriah bagi sesi kali ini, insyallah....

Read more...